Kenapa Perlu Join Bloglist?




Semalam selepas join bloglist Encik Nakal ada pengunjung blog Ammar ni tanya untuk apa bloglist ni? Wajib masuk ke? Mungkin dia tu baru lagi dalam dunia blog ni(Ammar pun baru jugak). Ok Ammar cuba jawab soalan tu. Sebenarnya tujuan blogger buat bloglist adalah untuk tolong blogger-blogger lain. Macam mana dia tolong? Sebagai contoh Encik Nakal, dia buat bloglist bertujuan untuk promosikan blog yang join bloglist tu kat blog dia.



Bloglist ni boleh dikatakan sebagai iklan percuma dari blog Encik Nakal. Encik Nakal akan meletakkan link blog anda di blog Encik Nakal bila anda join bloglist tu. Siapa tak nak join kan? Boleh bagi backlink dengan mudah je. Semua tahu yang blog Encik Nakal ni ramai pengunjung kan? Bila ramai pengunjung lebih cerahlah peluang pengunjung blog Encik Nakal untuk datang ke blog kita. Contohnya, bila pengunjung blog Encik Nakal datang baca entri Encik Nakal dan ternampak tajuk entri yang menarik di bloglist Encik Nakal dan dengan automatiknya pengunjung itu akan klik di link blog yang join bloglist tu. Dari situ kita dapat backlink dari blog Encik Nakal.



Apa tujuan backlink? Backlink adalah bertujuan untuk meningkatkan traffik blog. Macam mana nak buat backlink? Senang je. Join segmen, sertai bloglist, promote entri di facebook, twitter, forum dan sebagainya. Pastikan mengamalkan budaya komen bila masuk blog orang lain kerana itu akan membantu blog anda untuk mendapatkan backlink. Siapa tak nak backlink kan? Jadi, jangan malu atau segan sertai bloglist blogger-blogger lain.



Antara blogger yang paling terkenal dengan sikap pemurahnya yang suka bagi backlink kat blog orang lain adalah Ben Ashaari. Jadi, jangan ketinggalan dengan segmen-segmen yang dibuat oleh Ben Ashaari. Sentiasa peka untuk meningkatkan traffik blog anda. Bloglist yang Ammar join sebelum bloglist Encik Nakal adalah bloglist Iqbal Hakimi. Ok.. Soalan Ammar sekarang. Nak join bloglist atau tak? Sila jawab soalan yang cukup mudah ini.



Gambar di bawah ini adalah bloglist dari blog Encik Nakal.


Klik gambar






4 comments.. read them below or add one