Lawak Seorang Budak Skima (Nerd)




Pernah dengar cerita pasal budak skima tak? Ada sape-sape suka kawan dengan budak skima? Ammar suka kawa dengan budak skima sebab dia baik je tak kacau orang dan tak suka cari pasal dengan orang. Ammar rasa kalau pergi belajar kat mana-mana pun mesti ada budak skima kan? Biasanya budak skima ni pakai baju dan guna butang sampai atas kan? Ada jugak yang pakai cermin mata yang besar. Bila tengok lucu pulak sebab dia tu skima sangat.



Ammar ada satu cerita yang nak dikongsi pasal budak skima ni. Cerita pasal seorang budak yang mengikuti segala arahan mak ayah dia. Ceritanya bermula begini, seorang budak skima tu dinasihati oleh mak ayah dia bila nak masuk mana-mana kena mulakan dengan kaki kanan. Sebagai contoh nak masuk rumah, masuk kelas, masuk masjid dan sebagainya. Budak ni memang bagus sebab semua yang mak ayah dia cakap tu dia ikut.



Pada suatu hari budak skima ni test lesen kereta. Setelah menunggu beberapa jam untuk giliran namanya dipanggil oleh pegawai JPJ untuk ujian memandu tu akhirnya namanya dipanggil. Dengan perasaan yang tak sabar lagi untuk test lesen tu dia pun mendekati kereta ujian memandu itu. Oleh kerana budak skima tu lambat sangat masuk kereta, pegawai JPJ tu masuk dulu. Pegawai JPJ tu sangat hairan dengan budak skima tu sebab dari tadi lagi tak masuk-masuk dalam kereta tu.



Dengan selambanya budak skima tu cakap kat pegawai JPJ tu "Encik boleh tak Encik keluar sekejap sebab saya nak masuk kereta ni, sebab mak ayah saya cakap kalau nak masuk kat dalam sesuatu kena mulakan dengan kaki kanan". Tengoklah betapa skimanya budak ni, nak masuk kereta pun masuk kaki kanan. Bhahahaha... lawak gila.... Mesti susah nak masuk kereta guna kaki kanan kan? Sebab kereta kat Malaysia ni guna stering belah kanan, mesti masuk kaki belah kiri dulu kan? Menyusahkan betul budak skima ni sebab rela masuk kereta guna pintu belah kiri sebab nak guna sangat kaki kanan masa masuk kereta tu.



Nota kaki: Skima gila budak ni kan?

3 comments.. read them below or add one

Warna Warni Kehidupan Warna Warni Kehidupan 28 Februari 2011 4:25 PTG
ahaks..cam tu pun ada...oleh itu jadi la penumpang, sentiasa naik kaki kanan heheh
sicomot-comel sicomot-comel 28 Februari 2011 4:31 PTG
hahaha..

anak yg TAAT tuh..jgn maen2..
keh3
faiz faiz 28 Februari 2011 5:46 PTG
hahah..bro ni bkn skema..ni namanya lurus bendul