7 Feb 2011

Malaysia Memerlukan Lebih Ramai Orang Gila




Tahukah anda Malaysia ini sangat memerlukan lebih ramai orang gila? Percaya atau tidak? Ammar sangat percaya kerana orang gila lah yang akan boleh memajukan lagi negara ini. Kenapa? Sebab negara Malaysia adalah negara yang sedang membangun dan sangat memerlukan lebih ramai orang gila. Orang gila yang macam mana tu? Orang gila macam dia ni. Mungkin orang yang tak tahu sebab dia buat benda ni akan cakap dia gila tapi bagi Ammar kerja gila dia ni sangat baik untuk semua blogger.



Seperti kata Ben Ashaari, kalau tak ada orang gila mana mungkin kita dapat naik kapal terbang, naik kereta dan sebagainya. Selain itu kalau tak ada orang gila mana mungkin negara kita ni ada menara KLCC. Itu semua adalah idea atau pemikiran orang gila. Kalau tidak berfikir secara gila mungkin negara kita ni masih lagi menggunakan pondok-pondok kecil sebagai tempat tinggal ataupun gua-gua. Dengan adanya orang gila ni lah kita dapat mengecapi kemajuan negara.



Kalau difikirkan logik mana boleh manusia terbang kan? Manusia bukan ada sayap pun. Lepas tu ada seorang yang boleh dikatakan gila tetapi berakal bijak melihat pepatung terbang dan orang gila tu ada idea gila lalu mencipta helikopter. Lepas tu manusia boleh terbang sana sini dengan masa yang singkat. Boleh merentasi sempadan atau daerah mahupun negara.



Orang gila ini pula berangan nak bercakap dengan orang lain yang beribu batu. Kalau difikirkan logik memang tak boleh nak bercakap dengan orang lain kalau jarak jauh beribu batu. Lepas tu manusia ini telah mencipta alat untuk berhubung iaitu telefon. Boleh barcakap dengan orang lain yang duduk beribu batu. Kalau tak ada orang gila ni mana mungkin kita dapat pelbagai maklumat dihujung jari hanya dengan klik je.



Maksud orang gila yang Ammar cakap ni bukan orang gila macam dia ni, tapi orang gila tu adalah orang yang berfikir jauh kehadapan berbanding orang lain. Berfikir mengenai sesuatu yang orang lain belum tahu itu adalah orang gila yang Ammar maksudkan.

4 ulasan:

nurul ain berkata...

setuju dengan entry nie.kalau orang gile yg dimksdkn takde,dh tentu tak terciptanya teknologi yg sedia ada skrg nie kan

CIK CIRA berkata...

suka orang gile..haha..ttiba je..anyway,suka entri ni

AMMAR YASIR berkata...

Nurul Ain: Betul tu..mungkin kita masih di takuk yang lama lagi tanpa orang gila

AMMAR YASIR berkata...

Cik Cira: Bhahaha.. takpe.. Thanks cIK cIRA