Menangis Kerana Syurga Cinta




Ada sape-sape yang suka atau pernah tengok Filem Syurga Cinta? Kalau pernah macam mana perasaan anda bila tengok filem ni? Sedih, jiwang, takut atau apa? Ammar teringat masa tengok filem ni dulu. Airmata Ammar jatuh berderai-derai masa tu. Menangis bukan sebab jiwang atau apa tapi menagis sebab merasa diri ini kerdil dan banyak dosa bila tengok babak hero dalam filem ni minum arak dan terbaca bismillah lalu lari dari disko dan bertaubat.



Ammar tak tahan dan menitiskan airmata semasa babak hero ni sembahyang dan berdoa atas segala dosa yang dilakukan. Filem ini bagi Ammar sangat memberi pengajaran dan bukan sekadar filem cinta semata-mata. Bukan senang Ammar nak menangis sebab hati Ammar ni sangat keras seperti batu tetapi filem ini telah berjaya buat hati Ammar yang keras ini cair. Lelaki kan memang terkenal dengan sifat egonya kan? Tak kan nak nagis depan perempuan kan? Tapi Ammar menangis masa tengok filem ni sorang-sorang je kat bilik. Kalau menangis depan ramai orang malulah....kan?



Filem ini sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan khususnya remaja. Filem ni memang dah agak lama tetapi masih lagi boleh mengajar kita erti keinsafan sebenar. Bayangakan ibubapa hero dalam filem ini yang tidak sembahyang, minum arak dan menari di kelab malam tetapi dia masih lagi boleh insaf kerana ada cinta didalam hatinya. Cinta kepada Allah dan Rasul mengatasi segalanya.



Percaya atau tidak filem atau video boleh menginsafkan manusia? Ammar sangat percaya sebab dulu adik lelaki Ammar langsung tak sembahyang tetapi selepas tengok video ceramah Ustaz apa entah yang Ammar dah lupa nama dia tu adik Ammar dah tak tinggal sembahyang. Ajaib kan? Setiap orang ada cara dan kaedah tersendiri untuk insaf. Bukan senang nak buat orang insaf sebab memerlukan teknik yang betul.

6 comments.. read them below or add one

Yuyu Johanna Yuyu Johanna 19 Februari 2011 12:18 PTG
hye ammar..cik yuyu di sini..hehe.boleh je pinjam gmbar utk review tu.x kisah pun.dah siap reviewn nnti inform je.nk tgk jugak..=)
Awan Biru Awan Biru 19 Februari 2011 4:28 PTG
Sakit ati sebab tak sempat nak tonton. Gigit jari jawabnya.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 19 Februari 2011 10:55 PTG
@Awan Biru Ala..copy jelah letak dalam laptop