Pensyarah Belanja Nasi Ayam


Google punya


Hari ni awal-awal pagi Ammar dah ada kelas, tak sempat nak breakfirst dulu. Pergi kelas tadi minum nesvita je. Bila kelas habis pukul 10 perut ni mulalah berbunyi dan Ammar pun apa lagi, terus serbu kafe cari makanan. Sedang asyik menunggu nasi ayam dihidangkan oleh makcik kafe tu adalah seorang Pensyarah Ammar ni datang dekat Ammar dan member-member.



Biasalah, kat kafe tu kan ramai orang jadi terpaksalah beratur untuk beli nasi ayam. Jadi, pensyarah tu datang kiranya nak potong line lah kan. Bhahaha.... Ammar dengan kawan-kawan apa lagi. Bagi jelah Pensyarah tu potong line. Kata orang, lady first. Ammar kan lelaki sopan.Bhahaha.. tak gitu? Apa salahnya kita hormat guru kita, bukan orang lain pun kan? Dia dah bagi ilmu kat kita, tak salah kita pulak tolong dia kan?



Alang-alang dia potong line, Ammar dan kawan-kawan bodek lah sikit Pensyarah tu suruh belanja. Mula-mula saje je gurau suruh dia belanja, tiba-tiba masa Ammar dan member-member menjamu selera Pensyarah tu datang kat Ammar dan cakap dia dah bayar nasi ayam tu. Bertuah betul hari ni.. Rezeki di pagi hari tu. Terima kasih Cik Masnita. Semoga cepat kahwin.



Nota kaki busuk: Nak dapat markah tinggi untuk carry mark pandailah bodek Pensyarah kan?

4 comments.. read them below or add one

A.s.t.i.n.a A.s.t.i.n.a 14 Februari 2011 12:14 PTG
kimsalam kat pensyarah tu .. kot2 masih ade vacant nak banje..
najihah sahami najihah sahami 14 Februari 2011 1:15 PTG
waaa...meh pass la pensyarah tu kat mish. nak jugak makanan free. haa
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Februari 2011 2:59 PTG
A.s.t.i.n.a: Bhahaha..insyaallah.. datang ar sini
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 14 Februari 2011 3:00 PTG
najihah sahami: Man boleh..bhahaha.. x boleh kongsi-kongsi