RM300 Tiada Makna Bagi Aku




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Ammar. Ammar sangat menghargai anda semua kerana tidak putus-putus untuk melawat blog Ammar dan sentiasa memberi komen setiap entri. Tajuk diatas adalah untuk menerangkan kepada anda semua bahawa duit bagi Ammar tidak menjadi benda yang sangat penting dalam hidup Ammar tetapi hanya sekadar pelengkap untuk hidup. Kebahagiaan dan melihat orang bahagian sangat penting dalam hidup Ammar. Duit tidak semestinya menjamin kebahagiaan seseorang itu.


RM300 yang Ammar laburkan dalam contest ini adalah nilai yang sangat kecil jika dibandingkan dengan nilai persahabatan dan silaturrahim antara blogger-blogger di dunia maya ini. Melalui contest ini Ammar telah berjaya mengumpul seramai ini blogger bagi merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Tujuan contest Ammar buat ni bukanlah sekadar menarik traffik tetapi tujuan utama adalah Ammar ingin menyatukan seberapa ramai yang boleh blogger-blogger di alam maya ini.


Penyatuan blogger-blogger inilah yang kita perlu tekankan dalam dunia blogging ini bagi mengukuhkan ukhuwah sesama manusia. Apabila blogger semua bersatu kita akan menemui kemanisan blogging itu. Tiada hasad dengki atau kutuk mengutuk antara blogger, fitnah dan sebagainya. Barulah blogger-blogger di negara ini disegani oleh pihak luar dan menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.


Ammar yakin dan pasti jika semangat perpaduan antara blogger ini kukuh suatu hari nanti bidang penulisan blog ini akan menjadi bidang yang terpenting untuk negara. Insyaallah hasrat itu akan tercapai suatu hari nanti. Blogger adalah lidah rakyat dan boleh menyuarakan pelbagai pendapat di blog mereka. Tanpa blogger mungkin rakyat di negara ini tiada lidah untuk menyatakan idea dan pendapat untuk pembangunan negara.

{ 12 comments.. read them below or add one }

BuDaK JaWa BuDaK JaWa 15 Februari 2011 2:01 PTG
ha3..baru igt nak join dah tutup upanya..he2 kempunan daku...
NURUL NADIAH MAMAT NURUL NADIAH MAMAT 15 Februari 2011 2:24 PTG
nilai persahabatan sangat tinggi nilainya.....
nice entry... :)
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 15 Februari 2011 3:03 PTG
BuDaK JaWa: Tak tutup lagi lah bro..tarikh tutup di tunda plak..
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 15 Februari 2011 3:03 PTG
NURUL NADIAH: Ammar setuju sangat
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 15 Februari 2011 3:04 PTG
A.s.t.i.n.a: Tidak perlu apa tu?
Wafiy Suzly Wafiy Suzly 15 Februari 2011 3:34 PTG
wuwuuwuuu terharuu,,ammar,,bimbing la wafiy <-- (blogger bengong)
ini ke jalan yang benar..wuuuu
chii chii 15 Februari 2011 7:18 PTG
malaysia paling ramai yg ada blog...ehehe..rajin2 sungguh kan =)
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 16 Februari 2011 11:43 PG
Wafiy Suzly: Jangan bimbang.. cool beb..heheehe
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 16 Februari 2011 11:44 PG
chii: Betul tu..ramai gila bloggger Malaysia
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 16 Februari 2011 11:44 PG
Amira Naddia: Belum terlepas lagi lah... boleh lagi nak join