Saya Sudah. Anda Bila Lagi?






Sebelum ni pergi cari kat kedai biasa je majalah Rapi ni tapi tak jumpa. Ingatkan dah habis dijual. Maklumlah, majalah ni kan tengah hot sebab bro Ben Ashaari masuk majalah ni. Bukan apa, takut blogger-blogger kat Malaysia ni borong habis je majalah ni. Takut jugak tak sempat nak beli.



Semalam Ammar pergilah jalan-jalan kat Bandar Dungun untuk hilangkan boring duduk kat rumah. Masa tengah bawak motor laju-laju(bukan rempt ek) tiba-tiba motosikal Ammar berhenti dengan tiba-tiba. FuHH!!! Gila punya kerja. Mujurlah tak ada kenderaan kat belakang. Kalau ada tak tahulah nak cakap apa. Berserah pada nasib jelah.



Nak tahu kenapa berhenti tiba-tiba? Biasalah. Masa tengah bawak motor ternampak kedai buku. Dengan tindakan reflek tangan dan kaki ni terus tekan break. Bhahahahaa.... Pergi masuk kedai dan terus cari Majalah Rapi keluaran bulan Februari. Akhirnya jumpa jugak majalah ni. Syukur alhamdulillah sebab tindakan berani mati tu berjaya.


Berikut adalah petikan dari Majalah Rapi:

Tampan, 'smart' dan bergaya! Inilah lambang lelaki moden hari ini. Ben Ashaari, 34, memang bertuah kerana beliau adalah personaliti lelaki pertama yang menghiasai ruangan GAYA HIDUP. Menyusuri kecintaan Ben Ashaari atau lebih mesra disapa sebagai Ben terhadap dunia kecergasan dan blog membuatkan kami sangat kagum dengannya. Percayalah, bukan calang-calang orang boleh menjadi sepertinya. Hanya semangat dan keinginan yang tidak berbelah bahagi sahaja mampu membawa dia ke tahap ini.



Ammar sudah. Anda bila lagi nak beli majalah ni?

2 comments.. read them below or add one

dyba gula-gula dyba gula-gula 4 Februari 2011 9:34 PTG
tak jumpe la majalahnyerr...ngeh3x
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 5 Februari 2011 7:32 PG
Bhahaha..pergilah cari kat kedai buku.ada... cepat..nanti habis