Sedikit Resepi Untuk Blogger Baru




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Ammar ni. Blogging memang senang kerana hanya taip je apa yang kita nak taip tapi mengekalkan traffik blog dan menarik lebih ramai pengunjung itu yang susah. Buat blog cukup senang, dalam masa tak sampai 10 minit je boleh siap buat blog kan? Tapi adakah kita telah ada resepi untuk mengekalkan traffik atau meningkatkan lagi traffik blog kita tu? Bagi blogger baru yang macam Ammar ni mungkin dah ada sedikit resepi dan mungkin juga yang langsung tiada resepi lagi. Resepi itu sangat penting untuk blog baru seperti blog Ammar ini.



Kali ini Ammar nak bagi sedikit resepi untuk blogger-blogger baru bagaimanakah cara untuk mengekalkan jumlah traffik blog setiap hari dan seterusnya meningkatkan lagi jumlah traffik harian. Hasil daripada usaha Ammar dalam dunia blog ni hampir 2 bulan 6 hari Ammar telah menemui sedikit resepi ini. Apa resepinya? Ok. Ammar akan bagitahu apa resepi itu sekarang. Resepinya cukup mudah dan berkesan hanya perlu rajin dan berserah. Sikap berserah dengan takdir atas usaha yang dilakukan sangat penting untuk mendidik diri kita menjadi insan yang selalu bersyukur atas segala yang dikecapi.



Contohnya bila Ammar nak tarik traffik Ammar akan hasilkan entri yang lebih berkualiti dan tajuk entri yang dapat menarik orang ramai. Macam mana pulak nak kekalkan traffik? Cukup senang jika kena pada caranya. Untuk kekalkan traffik blog Ammar akan sentiasa maintainkan jumlah entri setiap hari. Sebagai contoh sekarang ni Ammar akan cuba maintainkan 3 atau 4 entri setiap hari. Kalau entri kita tak maintain macam mana kita nak kekalkan traffik kerana pembaca akan sentiasa menunggu benda yang baru, Jika blog kita hanya 2 atau 3 entri setiap minggu munkin pembaca kita akan cepat bosan kerana asyik membaca benda yang sama.



Contoh seterusnya, jika pelawat untuk hari ini ramai Ammar akan cuba lagi mencari idea lain untuk buat entri terbaru kerana Ammar tak nak pelawat itu datang dan terus pergi. Semakin ramai yang datang semakin teruja untuk Ammar buat entri terbaru dan berkualiti. Jika kita dapat tarik pengunjung yang sama 3 atau 4 kali setiap hari mungkin berpeluang cerah untuk kita dapat pembaca setia. Pembaca setia sangat penting untuk mengekalkan traffik sesebuah blog itu.



Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana untuk dapat idea update blog setiap hari. Soalan itu sering ditanya oleh blogger baru. Bagi pandangan Ammar untuk dapatkan idea senang je, caranya ialah perbanyakkan membaca dan sentiasa melawat blog yang lebih maju daripada blog kita dan cari resepi itu. Blog yang maju dan berjaya disebabkan blogger itu telah berjaya mendapat resepi untuk menarik traffik blog mereka. Caranya anda perlu rajin mengkaji dan terus mengkaji. Paling penting untuk maintainkan traffik adalah perlu rajin update blog. Kalau kita rajin update blog maka rajinlah pembaca datang ke blog kita.

{ 13 comments.. read them below or add one }

A.s.t.i.n.a A.s.t.i.n.a 16 Februari 2011 9:21 PG
Masalahnya ialah pada idea *sigh*
YanaMIB YanaMIB 16 Februari 2011 10:08 PG
akak pn xde idea sbnrnya nk update apa hr ni..hahaha =P
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 16 Februari 2011 11:47 PG
A.s.t.i.n.a: Banyakkan BW dan cari idea
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 16 Februari 2011 11:48 PG
YanaMIB: Pergi cari idea sekarang Ammar nak baca ni...hehehehe
ME BEAUTIFUL FOREVER ME BEAUTIFUL FOREVER 3 Ogos 2013 3:58 PTG
thanks for sharing...bagus tip ni