Semalam Bertweet-tweet Dengan Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia




Bahan bukti



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Ammar ada satu berita gembira nak kongsi dengan anda semua ni. Semalam Ammar try lah buka akaun Twitter dan masa buka tu ternampaklah Dato' Seri Anwar Ibrahim(bekas Timbalah Perdana Menteri) tengah tweet-tweet jadi Ammar cuba lah tweet beliau dan tak sangka di tweet Ammar balik. Macam tak percaya je, dua tiga kali gosok-gosok mata ni takut mimpi ke apa kan. Maklumlah Ammar ni kan orang biasa siapalah yang sudi tweet dengan Ammar, bekas Timbalah Perdana Menteri pulak tu.



Ammar sangat suka dengan cara Dato' Seri Anwar Ibrahim sebab walaupun dia pemimpin terkenal tetapi masih dekat dengan rakyat. Di sini bukan Ammar nak bercakap pasal politik tetapi nak bercakap soal ciri-ciri pemimpin yang mesra rakyat. Pemimpin sebeginilah yang kita mahu sebenarnya. Terus terang Ammar cakap kalau orang yang jahat Ammar kenal Ammar akan cuba jugak cari dimana baik orang itu. Ingatlah orang jahat sebenarnya bukan 100% jahat.



Ammar tak suka bercerita pasal politik di blog ini sebab Ammar tahu kerana fahaman politik yang berlainan akan memecah belahkan orang Melayu. Kalau boleh Ammar tak nak ada seorang pun yang merasakan Ammar ni menyebelahi pada parti politik tu atau parti polotik ni. Soal sokongan Ammar pada parti politik biarlah rahsia. Ammar tak suka gaduh-gaduh dengan orang Melayu yang sebangsa dan seagama dengan Ammar. Tak nak lah ada manusia yang tidak bernama datang komen dekat entri Ammar ni dengan kata-kata kesat yang memalukan.



Twitter adalah salah satu laman sosial yang terbaik untuk rakyat mendekati pemerintah dan segala permasalahan rakyat dapat diluahkan. Pagi tadi ada jugak Obama tweet-tweet dekat Twitter tapi Ammar tak nak lah tweet dia sebab bukan dia balas pun kan? Siapalah Ammar kan?
Lepas ni nak try tweet Lisa Surihani, Katy Perry, Siti Nurhaliza lah pulak mana tahu kot-kot dia tweet Ammar balik kan.

6 comments.. read them below or add one

SaYraH WonDerLanD SaYraH WonDerLanD 22 Februari 2011 2:02 PTG
amboi2 ammar da bertweet2 dengan bekas timbalan la plak kan. next lisa surihani ? amboi2 sakannnn nampak
Tanpa NamaTanpa Nama 22 Februari 2011 3:37 PTG
asal tweetngan diaa?arghhhh!!!
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 22 Februari 2011 3:45 PTG
@Tanpa Nama saje je nak test tengok dia balas ke tak