17 Feb 2011

Seorang Blogger Mencetuskan Kontroversi


Blogger kontroversi



Tadi seorang blogger baru telah mencetuskan kontroversi di alam maya kerana mengeluarkan entri ini dan ini. Entri itu menimbulkan ketidakselesaan sesetengah pihak kerana tajuk entri yang agak panas. Terima kasih kepada yang sudi komen untuk entri tu. Ammar sangat hargai komen itu. Komen itu cukup membina untuk Ammar dan Ammar akui penggunaan perkataan Ustazah boleh menimbulkan perasaan yang agak kurang senang bagi sesetengah pihak. Ammar telah menukarkan tajuk yang panas itu bagi mengelakkan syak buruk terhadap Ustazah.



Suka Ammar jelaskan disini bahawa tujuan asal Ammar tulis entri tu adalah untuk memberi maklumat kepada umum bahawa peristiwa itu betul-betul berlaku dalam reliti hidup di dunia sekarang. Bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai memberi peringatan dan pedoman kepada kita semua. Islam cukup sempurna dan jika ada seseorang yang beragama Islam mencabuli kesucian dan kesempurnaan Islam itu kita harus mengambil tindakan seperti menegur dan sebagainya.



Blog adalah tempat untuk mengemukakan pendapat, maklumat dan cadangan bukan tempat untuk mencetuskan kontroversi. Jika ada yang kurang senang dengan penulisan Ammar ini sila bagi cadangan atau teguran kerana itu adalah cara terbaik untuk Ammar memperbaiki lagi mutu penulisan Ammar supaya disenangi ramai. Sebarang komen , teguran atau cadangan itulah yang dapat membantu Ammar untuk menjadi blogger yang lebih baik lagi. Ammar masih lagi baru dalam dunia blogging ini dan berharap kepada yang sudi bagi pendapat silalah bagi pendapat di sini.



Kalau boleh Ammar nak blog Ammar ni disenangi atau disukai oleh semua lapisan masyarakat dan tidak menumpukan kepada satu skop sahaja. Ammar suka sesuatu yang unik dan pelbagai. Ammar tak nak ada seorang pun yang kurang senang dengan penulisan Ammar ni kerana Ammar tidak suka dibenci, dimusuhi dan dipulau. Jika Ammar ada buat silap sila bagi komen kerana Ammar adalah manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan. Tiada manusia yang tidak pernah membuat kesilapan. Marilah kita sama-sama mengamalkan budaya tegur menegur antara satu sama lain kerana itulah yang terbaik untuk mengelakkan permusuhan sesama manusia.

15 ulasan:

NurLailatul berkata...

tak apa ammar, kesilapan itu lumrah kehidupan...Kita masih belajar dan kadang-kala kita pasti tersilap..

kay_are berkata...

xpe2.. yang penting blaja dari kesilapan.. same2 manusia kan? pape pun entri ni memang very humble =)

A.s.t.i.n.a berkata...

kalau baca entry ini mcm baca berita kat newspaper pula... keep it up..

MiSs F.A berkata...

c0ol je amar :)manusia x pnah lari dr kesilapan. dr kesilapan tu la kita b0le belajar lebih berhati2 utk akn dtg.. :)

SaYraH WonDerLanD berkata...

chill ammar. Kita xpenah lari daripada kesilapan. Kita tidak sempurna.

tomato berkata...

lumrah hidup.. :)

Nina Juliana berkata...

"Ammar suka sesuatu yang unik dan pelbagai. Ammar tak nak ada seorang pun yang kurang senang dengan penulisan Ammar ni kerana Ammar tidak suka dibenci, dimusuhi dan dipulau." akak suka dgn statement ni dik.. nawaitu kita blogging ni bukan utk cari musuh ye tak..

AMMAR YASIR berkata...

NurLailatul: Betul tu.. Thanks

AMMAR YASIR berkata...

kay_are: Thanks

AMMAR YASIR berkata...

A.s.t.i.n.a: Bhahaha... betul jugak kan? Lalalala..

AMMAR YASIR berkata...

MiSs F.A: Belajar dari kesilapan

AMMAR YASIR berkata...

SaYraH: Betul tu... Manusia tidak sempurna

AMMAR YASIR berkata...

tomato: Tak boleh lari dari kesilapan

AMMAR YASIR berkata...

Nina Juliana: Betul tu akak.. terima kasih

Muhamad Zaki Zafir berkata...

kalau benda tu betul & kita ada bukti, tak perlu takut.cuma kena berlapik sikit la kalau kita nak menulis.org xleh terima sgt kalau direct mcm tu je. :)