20 Feb 2011

Spesis Lebah Di Blog Lebah




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. Kali ini Ammar nak join satu lagi segmen yang sangat menarik dari sahabat blogger iaitu saudara Izamir Ridzwan. Beliau merupakan penternak lebah yang berjaya di blog. Comel tak header blog dia? Comel kan? Kalau nak join klik sini.



Spesis lebah yang Ammar pilih ialah Apis Dorsata. Macam nama orang pulak spesis lebah ni kan? Hehehehe.. Ok. Apis Dorsata ialah spesis lebah madu yang paling besar yang ada di Asia Tenggara dan Asia Selatan terutamanya di kawasan hutan seperti Terai di Nepal. Sarangnya dibina di tempat terbuka dan jauh dari tanah seperti di ranting pokok, di bawah tebing dan kadangkala di bangunan.






Apis Dorsata merupakan sejenis spesis lebah yang agresif dan tidak boleh dijinakkan seperti lebah yang dipelihara di ladang lebah. Lebah ini akan menjadi agresif lagi jika sarangnya diganggu oleh manusia atau haiwan lain. Sengatannya boleh mendatangkan maut kepada mangsa sengatan. Spesis lebah ini akan berhijrah ke tempat lain mengikut musim. Apa yang unik mengenai lebah ialah tak akan sesat walaupun terbang jauh bersama-sama kumpulannya.



Gambar di bawah ini merupakan salah satu sarang lebah yang dibuat pada dahan pokok. Jika sarang ini diganggu oleh manusia lebah ini akan menyerang balik kepada manusia secara agresif lagi. Sengatan lebah ini dapat membunuh manusia dalam masa yang singkat kalau sengatan itu banyak. Adik-adik yang kecik-kecik tu janganlah mencari pasal dengan lebah ni kalau takut kena sengat.



Sumber: Wikipedia

4 ulasan:

FariehanIbrahim [LBC] berkata...

saya pom join jugak. ^^

AMMAR YASIR berkata...

@FariehanIbrahim [LBC] Jom kita sama-sama join..hehehe

Novelgurl berkata...

salam singgh dri blog IR =)

AMMAR YASIR berkata...

@Novelgurl W'salam... Thanks