Tarikh Keputusan SPM 2010


Gambar dari google



Ada tak dalam kalangan blogger atau pengunjung blog Ammar ni yang lepasan SPM tahun 2010? Mungkin ramai-ramai ni ada jugak yang lepasan SPM kan? Mesti dah tak sabar nak tahu keputusan SPM tu kan? Ammar pun tak sabar jugak nak tahu ni sebab Ammar pun ambik exam SPM jugak tahun lepas. Ammar ambik 2 kertas je sebab nak baiki sijil SPM yang tak berapa elok. Harap-harap keputusan yang Ammar dapat nanti cemerlang lah sebab tak sabar rasanya nak sambung Ijazah ni.



Kalau dapat sambung Ijazah Ammar ingat nak sambug Ijazah dekat UPM boleh lah jumpa dengan bakal Doktor kita ni. Dia ni sebenarnya ikon blogger Ammar dalam pendidikan dan ikon Ammar dalam dunia blog pulak Ben Ashaari. Siapa tak nak sambung belajar kalau boleh kan? Belajar itu sangat penting untuk kita hidup di dunia ini. Ilmu sangat penting, tanpa ilmu kita akan dipandang rendah oleh orang lain. Seperti nasihat bakal Doktor ni dia cakap kalau nak jadi blogger hebat kena ada ilmu.



Berbalik kepada tajuk di atas tadi Ammar dapat berita terbaru yang mengatakan tarikh keputusan SPM 2010 akan keluar pada 10/3/2011. Berita ini belum disahkan lagi tetapi melalui sumber yang boleh dipercayai Ammar yakin bahawa keputusan SPM itu akan keluar pada tarikh itu atau hampir dengan tarikh itu. Jika ada perubahan tarikh di masa akan datang insyaallah Ammar akan memaklumkan kemudian.



Diharap keputusan SPM yang bakal diumumkan ini akan mencipta kejutan dengan pelajar cemerlang lagi. Jumlah pelajar cemerlang semakin hari semakin meningkat dan ini menunjukkan tanda positif kepada sistem pendidikan negara ini. Negara kita terdiri daripada guru-guru yang cemerlang dan seterusnya melahirkan pelajar cemerlang. Terima kasih CIKGU kerana mendidik Ammar selama ini.

6 comments.. read them below or add one

Wafiy Suzly Wafiy Suzly 12 Februari 2011 5:38 PTG
aii..takut lah pulak nak gi amek result.gulpp
Nisa Adnan Nisa Adnan 12 Februari 2011 6:11 PTG
yeye result kuar(cehh pdhl takut gilakk ni) Heeee
bagos la amar. amalknlah pend. spnjng hayat yeee^^
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 13 Februari 2011 7:12 PTG
Adik-adik semua jangan takut,,,, cool beb....bhahahha
nurainnurain 23 Februari 2011 11:35 PG
semoga semua pelajar SPM 2010 mendapat keputusan terbaik tahun ini.saya salah seorang dri mreka..d0akan saya straight A ye..usaha telah pon dilakukan.sekarang hanya tawakal~
hazirahhazirah 25 Februari 2011 10:49 PTG
wah , ni memang betul result dah nak kuar .memang tak boleh tidoq malam .hopefully semua palajar spm batch kite tahun nii berjaya ...