27 Feb 2011

Terasa Nak Nangis Kerana Yuyu Zulaikha




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ammar sebenarnya masih baru dalam dunia blogging ni dan ilmu pasal blogging ni sikit je, mungkin hujung kuku je ilmu yang Ammar ada sekarang ni. Masa mula-mula blogging dulu memang ingat blogging ni senang dan tak ada cabaran dan apa-apa masalah tapi tanggapan Ammar tu silap. Barulah Ammar tahu dunia blogging ni penuh dengan cabaran, kritikan dan masalah. Hanya yang tabah je dapat terima semua tu.



Tadi Ammar ada baca satu artikel pasal "Pelacur Blogger" dari sebuah blog yang menghina Yuyu Zulaikha. Kalau betul pun dia nak cerita pasal seseorang blogger tu janganlah buat entri dan sebut nama terang-terang. Dosa tu, mengaibkan orang. Dia tak tahu ke perasaan orang yang dia hina tu? Kalau terasa jengkel sangat dengan orang tu patut ke kita tulis terang-terang nama orang tu? Tak patut kan? Nak luahkan perasaan biar ada bahasa atau erti kata lain puitis. Jangan sebut terus terang nama orang tu, kesian dia. Kalau cerita atau kutuk pasal lain boleh takpe jugak ni tajuk entri dah terus terang sebut pelacur blogger. Tak takut dosa ke buat orang macam tu?



Walau sejahat mana pun seseorang tu janganlah kita kutuk seseorang tu secara terang-terangan kerana Islam telah mengajar kita cara untuk menasihati orang. Cara terbaik adalah cakap depan-depan(individu) dan janganlah tegur seseorang tu dalam khalayak ramai, aiblah orang tu. Ammar rasa orang yang tulis entri tu tak ada perasaan kot. Suka memecahbelahkan orang lain. Apa yang dapat dengan buat macam tu? Duit? Tak kot.. Kepuasan? Lagi tak logik kan? Tak dapat apa-apa pun.



Terus terang Ammar terasa nak nangis bila dapat tahu ada entri yang hina Yuyu Zulaikha sampai macam tu sekali. Gelaran yang digunakan oleh blogger tu sangat pedas dan buat Yuyu Zulaikha sangat terhina. Apa sebenarnya yang dia tak puas hati sangat dengan Yuyu tu? Tak kan pasal VLOG tu pun sampai buat macam ni. Bodoh betul blogger tu sebab tak suka tengok VLOG Yuyu je siap kutuk-kutuk lagi. Apa yang dia dengki sangat? Kalu tak suka tak payah lah tengok senang cerita kan?



Pesanan Ammar untuk blogger yang tulis artikel pasal pelacur blogger tu cepat-cepatlah bertaubat dan mintak maaf dengan Yuyu Zulaikha. Jangan anggap diri tu baik sangat dan sempurna dari orang lain kerana sikap munafik tu Allah paling benci. Segeralah mengikuti jalan kebenaran iaitu jalan Allah. Semoga anda tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.



Nota kaki: Harap Yuyu Zulaikha sabar mengharungi dugaan dari Allah ini.

29 ulasan:

Wan berkata...

inilah akibat bila kebebasan bersuara disalah gunakan...hmm..hrp cik yuyu bersbr..

iwan_dextrous berkata...

ermm..susah lah kn mcm nie..

iwan_dextrous berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
cikbintang berkata...

erm nape r ade mslh cmni kn..hurmm

http://www.facebook.com/pages/Farina-Shop/144702355546119

ewanrani berkata...

hiss bahaya betulla...kalo nak buat entries pn x yahla mention nama yuyu ek..sian kat yuyu..sabar yek yuyu...saya tetap sokong yuyu..

Scarlett O'Hara berkata...

Dah tengok dah vlog Yuyu tu.Ok je.Takde pun yang tak ok.Otak ynag kutuk tu yg tak ok kot?

Scarlett O'Hara berkata...

Ni respon yang sama
http://scarlettj1.blogspot.com/2011/02/pendekar-berkuda-vs-broken-lense-eja.html

Bella Bell berkata...

aiyaa..ada gak org yg nk kutuk org lain ni..xbaik la itu macam..ish3..

hope yuyu tabah m'hadapi dugaan ni...

KANTA MATA KELABU berkata...

http://zarul90soul.blogspot.com/2011/02/kau-pelacur-blogger-yang-melacur-story.html?zx=719ecb6b03ae74bd

Amira Naddia berkata...

aku da sound da mamat td..dulik la. igt org diam je ke? ape die pk lam otak die tuh? kuat sgt ke? hot sgt ke? otai sgt ke?
nk publisiti murahan weh..bia die. jgn layan. jgn bukak pon entry tuh! terdesak nk traffic up..
haktuih

nub berkata...

adoii..macam2 naa... adehhh

Wafiy Suzly berkata...

sampai aku pun takut nak teruskan blogging..

fadhdeela berkata...

diaorg xtakut dosa ke??nape nak kena ktuk org mcm tu skali?kali xsuka jgn baca..mcm2 org zaman skrg nie!!

Meh singgah: Konsert Hore-hore Aznil!!

Biey berkata...

sangat tak stuju bila nak buruk2kan orang lain..

A.s.t.i.n.a berkata...

Orang itu sebenarnya mahukan publisiti... maka beliau berjaya..

Dan pasti tidak akan tenteram hatinya..

AMMAR YASIR berkata...

@Wan menggunakan blog untuk kutuk orang...sangat tidak betul

AMMAR YASIR berkata...

@iwan_dextrous memang susah pun....adeh!!

AMMAR YASIR berkata...

@cikbintang tu lah..ammar pun pelik jugak dengan orang sekarang ni

AMMAR YASIR berkata...

@Scarlett O'Hara betul tu..ok je Ammar tengok

AMMAR YASIR berkata...

@Bella Bell Kesian Yuyu..harap dia tabah lah

AMMAR YASIR berkata...

@KANTA MATA KELABU wah..ramainya orang buat entri pasal ni

AMMAR YASIR berkata...

@Amira Naddia nak cari publisiti murahan lah tu

AMMAR YASIR berkata...

@nub Jem jem

AMMAR YASIR berkata...

@Wafiy Suzly rileks ar wafi..cool beb

AMMAR YASIR berkata...

@fadhdeela tak tahu dosa pahala kot

AMMAR YASIR berkata...

@BieyAmmar pun tak setuju jugak

AMMAR YASIR berkata...

@A.s.t.i.n.a kesian dia kan?bhahaha.. macam budak2

Bunga Cengkih berkata...

macam2 dunia sekarang..

A berkata...

adehh . tak baik nak bukak aib orang kan? -_-''