Tips Untuk Blogger Yang Kekeringan Idea Untuk Update Blog




Blog memang senang untuk diwujudkan tetapi untuk menghidupkan blog itu setiap hari mungkin agak susah jika tiada idea. Tahukah anda bahawa blog perlu diupdate setiap hari untuk menjadikan blog itu hidup? Seperti kata Ben Ashaari, blog perlu diupdate setiap hari walaupun dengan satu entri. Kata-kata itu sangat betul dan Ammar sokong 100% kerana tanpa update blog setiap hari traffik blog Ammar ni jatuh secara mendadak.



Bagaimana cara mendapat idea untuk update blog? Mungkin soalan ini yang selalunya yang ditanya oleh blogger. Jawapannya cukup mudah iaitu dengan membaca. Tahukan anda dengan membaca kita mendapat banyak ilmu? Membaca adalah sumber ilmu yang terpenting. Tanpa membaca kita akan susah untuk mendapat idea yang bernas untuk update blog.



Jika suatu hari itu Ammar langsung tiada idea untuk update blog Ammar akan membaca sekurang-kurangnya 1 artikel, surat khabar, dan buku seterusnya memahami bacaan itu dan terangkan sendiri di blog. Awas, jangan menggunakan 100% artikel orang lain kerana itu boleh melanggar peraturan. Tulislah apa yang kita faham melalui sesuatu artikel itu.



Anda mesti tahu ubat untuk lapar adalah makan, ubat untuk berjaya adalah usaha manakala ubat untuk kekeringan idea untuk update blog adalah membaca. Tidak dapat dinafikan bahawa idea blog juga akan datang dengan tiba-tiba tanpa kita membaca. Jika idea itu datang kita haruslah secepat mungkin untuk meluahkan atau menulis idea itu di blog. Jika lambat kita mengaplikasikan idea itu mungkin idea itu akan hilang begitu sahaja.



Diharap tips ini sedikit sebanyak dapat membantu blogger yang kekeringan idea untuk mengupdate blog. Ammar menulis apa yang Ammar faham dan bukan menulis dengan 100% berdasarkan buku atau sumber bacaan lain. Mungkin lain blogger lain cara untuk mendapatkan idea mengupdate blog. Tetapi harus dingat membaca sangat penting untuk blogger kerana membaca adalah sumber ilmu.

{ 18 comments.. read them below or add one }

nub nub 8 Februari 2011 7:21 PG
rajin membaca,luas pengetahuan.. hehehe
ciKmOt ciKmOt 8 Februari 2011 8:05 PG
idea banyak tapi malas nak menaip...camner...
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 8 Februari 2011 8:09 PG
Nub: Betul tu..sangat setuju. Jom membaca
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 8 Februari 2011 8:09 PG
Cikmot: Senang je, upah orang untuk taip...bhahahaha
eqbalzack eqbalzack 8 Februari 2011 9:06 PG
abg eq rasa, blogger kalau ada duit lebih beli kamera. kamera biasa2 pun takpe...
drp gambar kita boleh cerita macam2...hehe
yatie's EPISODE yatie's EPISODE 8 Februari 2011 9:20 PG
ye, betul tu. bia jatuh cintan sikit dgn buku nih. huu ^^
! Encik Nakal ! ! Encik Nakal ! 8 Februari 2011 9:37 PG
betoi tu ceq sokong~~hati mau ceria dan gembira,baru senang nak dapat idea update n3

mood tu penting~~hakhakhak
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 8 Februari 2011 9:42 PG
eqbalzack: Info yang baik. Thanks Abg Eqbal. Memang niat nak beli kamera pun tapi dalam proses lagi.. Tunggu duit banyak dulu..hehehe
Anis Akhir Anis Akhir 8 Februari 2011 9:43 PG
tepat sekali.. mmg kena membaca... kalau tak, rs kosong ja dlm minda ni... :)
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 8 Februari 2011 9:43 PG
yatie's EPISODE: Setuju..jatuh cinta deangn buku lagi baik dari jatuh cinta dengan awek..bhahahaha
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 8 Februari 2011 9:44 PG
! Encik Nakal !: Senang je nak dapat mood ceria dan gembira.. Pergi skodeang blog Encik Nakal pasti ceria hati ini..kan?
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 8 Februari 2011 9:45 PG
Anis Akhir: Membaca sumber ilmu... jom kita membaca..bhahahaha.
azian azian 8 Februari 2011 10:19 PG
ammar...
akak idea tu ade...masa yg takde...
pastu kat umah pun takde intenet...
broadband tak dapat, streamyx tak leh masuk sbb org TM ckp takde port lak...huhuhu!!!
YanaMIB YanaMIB 8 Februari 2011 11:48 PG
rajin blogwalking pn oke~ ^_^
good_boy good_boy 8 Februari 2011 10:11 PTG
hahaha..join kontest kl xde idea..hehe
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 10 Februari 2011 3:11 PTG
azian: nI bOLeh dikatakan niat tak kesampaian lah ni... xpe..akak cuba ikhtiar cara lain
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 10 Februari 2011 3:11 PTG
YanaMIB: Betul tu..macam si Ujang tu..hehehe
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 10 Februari 2011 3:12 PTG
good_boy: Kita serupa..hehehe... xde idea je joiun contest atau bloglist...ada jugak entri hari tu kan?hehehe