Torres Bermain Bola Di Malaysia?




Ada sape-sape minat bola tak? Kalau minat pasukan apa yang anda minat tu? Ammar minat pasukan Chelsea. Best.. Tapi semalam agak terkilan lah sebab Chelsea seri 0-0 dengan Everton. Torres bermain bola di Malaysia semalam? Betul ke?







Ceritanya macam ni. Sebenarnya Ammar dah 3 tahun tak main bola. Oleh kerana sejak kebelakangan ni fanatik sikit pasal bola Ammar pun cuba lah main bola petang semalam. Apa yang bestnya walaupun dan 3 tahun tak main bola boleh jugak buat gol 1. Hari ni main jugak bola kat kolej ni, dapat buat satu gol jugak. Akibat tak main bola 3 tahun dan semalam baru main hari ni dapat sakit-sakit kat otot-otot badan ni. Aduih... Sengal-segal badan ni. Bila dah lama main nanti ok lah kot.







Kan semalam Ammar main pakai jersi Chelsea dan budak-budak kolej ni terus gelarkan Ammar ni Torres selepas buat gol. Ada ke patut di gelarkan Ammar Torres. Hari ini pun Ammar main dia panggil Ammar Torres jugak. Adakah muka Ammar macam Torres? Jauh sekali kan? Siap cakap Ammar ni pemain baru beli lagi. Bhahahaha.. Macam-macam budak-budak kolej ni.

2 comments.. read them below or add one

MiSs F.A MiSs F.A 20 Februari 2011 10:39 PTG
musim kali ni chelsea asyk kalah je ngan liverpool.. yeahhh!! :D