Traffik Blog Semalam Hampir 1000 UV?




Rasa macam tak percaya tengok UV kat Nuffnang tadi sebab traffik jauh lebih tinggi dari biasa. Biasanya traffik blog Ammar ni maintain 200 UV je tiap-tiap hari tapi bila keluarkan entri pasal pengumuman keputusan SPM tu tak sangka traffik naik hampir 1000 UV semalam. Alhamdulillah usaha Ammar berhasil walaupun Ammar tak buat kajian pasal seo tapi sekadar angak je tajuk yang bakal gempak. Terima kasih kerana sudi jenguk sini walaupun blog Ammar ni masih baru ramai yang datang memberi sokongan. Ammar sangat menghargai sokongan dari anda semua.



Apa rahsia tingkatkan traffik? Rahsia Ammar ialah update blog tiap-tiap hari dan mengeluarkan entri ikut kata hati contohnya pasal tajuk SPM tu Ammar hanya ikut kata hati je tapi tak sangka sampai ramai sangat yang masuk blog Ammar sebab tajuk tu. Blog kita, citarasa kita dan cara kita itulah yang kita perlu buat jangan menulis blog ikut cara orang lain. Kita perlu ada identiti blog sendiri kerana pembaca lebih suka benda yang berlainan dari biasa.



Kalau ada yang cakap traffik blog Ammar tinggi sebab tajuk entri pasal pemain Machester United datang blog Ammar tu anda silap sama sekali sebab entri pasal tu langsung tidak tersenarai dalam top entri blog Ammar. Berapa orang sangat yang datang baca entri pasal tu, boleh kira dengan jari. Jadi sesiapa yang cakap Ammar makan duit tak halal sebab buat entri tajuk tipu tu harap-harap insaf lah. Jangan asyik tuduh orang macam-macam dengan tuduhan yang tak berasas dan tak masuk akal macam tu. Simpanlah hasad dengki tu dan buang jauh-jauh sebab kita blogging bukan untuk cari gaduh, kita blogging untuk kenal lebih ramai lagi kawan.

2 comments.. read them below or add one

apezs shah apezs shah 23 Februari 2011 7:36 PG
Dan saya mengomen kerana nak mengucapkan TAHNIAH kepada anda Ammar... Semoga Berjaya lagi dimasa2 yg berlalu... Wah apezs nak cecah 2oo sehari pon susah hbs..;)
amy amy 24 Februari 2011 5:49 PG
congrats to ammar....bkn sng tue nk dpt UV smpi 1000.....

income nuffnang to dh boleh ajk member2 belanja....