14 Mac 2011

Aku Blogger Jiwang?




Adakah Ammar ni blogger jiwang? Jiwang ke? Oh tidak!!!! Ammar bukan ada awek pun nak main jiwang-jiwang ni kan? Dahlah muka tak hensem, sape nak kan? Huhuhuhu. Tadi Ammar saje je search dekat google "jomklikblog" lepas tu ternampaklah satu blog yang buat entri pasal blog Ammar.



Dalam entri beliau tu ada cerita pasal ayat jiwang yang Ammar guna dalam blog Ammar ni. Tak sangka ayat macam tu pun ada yang berminat. Ayat sempoi je, bukan jiwang pun. Ayatnya berbunyi begini "aku masih mencari cinta sejati dari seorang insan yang punyai satu hati untuk satu hatiku ini" jiwang ke ayat ni?



Ok. Ammar terus terang je. Sebenarnya memang dulu Ammar jiwang sebab dulu Ammar aktif tulis sajak. Kalau nak sajak tu gempak mestilah kena ada mood jiwang dan ayat gempak kan? Tapi sekarang Ammar dah kurang sikit jiwang-jiwang ni sebab dah lama tak tulis sajak. Masa sekolah dulu memamng minat gila tulis sajak dan siap masuk persatuan sasterawan Terengganu lagi. Insyaallah nanti Ammar akan tulis satu buka atau novel.



Terima kasih kepada saudari Sissyira sebab review blog Ammar pasal ayat tu. Nak tengok entri Sissyira KLIK SINI. Tak sangka betul ada jugak yang menghargai ayat Ammar yang tak seberapa tu. Terima kasih sangat-sangat. Sayang kamu ketat-ketat. Hehehehehe

4 ulasan:

apezs shah berkata...

salam

bagi sikit info jiwang dari ammar yea hehe..

nub berkata...

wahaha.jiwang menjiwang katanya naa

Ujang9897 berkata...

hihi..=)

cik sakdi berkata...

jiwang tuuuu... jiwang... ayat tu sangat jiwang kihkih