22 Mac 2011

Ammar Jutawan Muda

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Petang-petang ni kalau perkena pisang goreng panas best jugak ni kan? Tapi kat mana nak cari? Boleh tolong carikan untuk Ammar? Dah lama tak makan pisang goreng, minum air teh pergh!!!! Bestnya. Ok, tak nak cerita panjang pasal pisang goreng, Ammar nak cerita pasal keywords hari ini. Keywords yang sangat menarik.



Tadi Ammar baru je check keywords untuk hari ini dan ternampak lah perkataan yang menarik dan buat Ammar terharu dan rasa nak gelak guling-guling. Aik? Terharu tapi gelak guling-guling? Macam mana tu? Terharu sebab ada orang doakan Ammar jadi jutawan. Yelah, kan tu cita-cita Ammar dari dulu lagi. Misi menjadi jutawan sebelum umur 30 tahu. Adakah akan berjaya?



Tapi yang buat Ammar nak gelak guling-guling ni sebab pelik lah orang search keywords tu dekat google kan? Ammar ni bukan orang glamour pun kan? Bukan artis atau pernah masuk majalah ke, surat khabar ke. TV? Jauh panggang dari bara. Tapi Ammar terfikir-fikir jugak sape yang punya kerja tu. Pelik dan ajaib orang yang tak ada nama macam Ammar ni pun ada jugak orang cari.



Tapi apa-apa pun Ammar berterima kasih kepada yang sering mendoakan supaya Ammar jadi jutawan dan usia muda ni. Ammar sangat bercita-cita tinggi untuk jadi jutawan.Kenapa? Satu je sebab utama Ammar adalah nak ubah nasib keluarga Ammar. Ammar tak nak biarkan ayah Ammar bekerja lagi tanggung adik beradik Ammar yang ramai. Kesian kat dia tua-tua pun kerja lagi. Insyaallah Ammar akan balas jasa ibu bapa Ammar yang telah banyak berjasa kepada Ammar sebelum ini. Ammar tahu, pergorbanan ibu bapa kita tak akan dapat dibalas sepenuhnya tapi jika Ammar dapat balas sedikit pun Ammar dah rasa bersyukur sangat. I love my parent.



Klik Gambar

6 ulasan:

Ayuni berkata...

wah, cantik header br!

Awan Biru berkata...

Header baharu macho. InsyaAllah, semoga niat baik saudara itu akan dimakbulkan Allah. Jangan pernah berhenti berusaha.

cayrul.com berkata...

kat mane ko tgk keyword tue? aku nk tgk yang aku punya jgk la.

AMMAR YASIR berkata...

@Ayuni cantik ke? Terima kasih

AMMAR YASIR berkata...

@Awan Biru Terima kasih. Insyaallah

AMMAR YASIR berkata...

@cayrul.com buka dekat akaun nuffnang je. Nak buka dekat blog bleh jugak. Pergi dekat stat