Bakal Menempuhi Perjalanan Mencabar




Petang ni bertolak dari kolej ke Unisza yang akan memakan masa selama 1 jam. Perjalananku ke Unisza adalah untuk urusan bisnes oline. Ada yang berminat untuk menyertai bisnes ni. Bestnya. Perjalanan selama 1 jam menggunakan motor burukku sudah pasti menyebabkan kelenguhan seluruh badan. Tetapi aku tetap gagahi untuk terus pergi kesana kerana aku pasti setiap pengorbanan pasti ada imbuhannya.



Janji dengan klien pukul 9 malam, sebelum tu tak tahu lah nak pergi mana sebab sorang-sorang je pergi. Insyaallah pukul 11 malam bertolak dari Unisza balik ke rumah yang memakan masa 1 jam pulak. Mungkin orang kata Ammar buat kerja gila sebab bawak motor malam-malam balik kampung. Tapi yang pasti itulah Ammar.



Teringat peristiwa dulu, bertolak dari KT ke kolej pukul 12 tengah malam yang memakan masa 1 jam. Pergh!!!! Seram gila bila sampai jalan hutan tu sebab lampu jalan tak ada, kiri kanan semua hutan dan waktu tu seram sejuk je. Tetapi tetap aku gagahi kerana tiada siapa yang patut aku takuti kecuali Allah. Malam ni tak tahu lagi nasib macam mana. Harap-harap selamat sampai rumah kat Dungun tu.

{ 10 comments.. read them below or add one }

Tanpa NamaTanpa Nama 10 Mac 2011 10:48 PTG
gi2 r mg..law awek laju je..aku tggu mg kat post pah crh..
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 10 Mac 2011 11:06 PTG
wei...mg keje malam ke? aku g kat mung kekgi..hahahah
iqbalhakimi iqbalhakimi 11 Mac 2011 3:42 PG
haha..giler r mar..dah la malam..
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 11 Mac 2011 3:48 PG
memang gila pun.....bhahahahaha..
Fitri Senin Fitri Senin 11 Mac 2011 11:11 PG
hai..tq sebab singgah di blog fit..semoga berjaya mendapat another 300 follwer utk cukupkan 1000..and i'm ur follwer :)
Dda Ly Dda Ly 11 Mac 2011 4:17 PTG
insyaAllah..selamat sampai!hati2..:)

meh ke rumah..
~plastic surgery follow up~
keep in touch ye..♥♥♥
Kuronofu91 Kuronofu91 11 Mac 2011 5:37 PTG
redah jer hutan tu...smpai rumah mesti lega punya....