Bertemu Dengan Jutawan Internet



Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kat kolej ni. Hari ini Ammar memang betul-betul buat kerja gila lah. Petang tadi dari kolej pergi ke Kuala Terengganu yang memakan masa 1 jam perjalanan. Dengan menaiki motosikal burukku itu tanpa segan dan silu untuk menghadiri ke majlis taklimat dari jutawan internet. Majlis start pukul 10 malam dan majlis tu habis pukul 12 malam. Pukul 12 malam bertolak ke kolej balik selama sejam perjalanan. Dahlah jalan gelap, naik motor buruk pulak. Mujurlah berdua dengan kawan.



Kenapa Ammar buat kerjay gila tu? Sebab Ammar nak benda tu, Ammar nak jadi jutawan sebab tu Ammar rela bersusah payah pergi ke majlis tu untuk mendapat ilmu tentang bisnes online ini. Banyak info berguna yang Ammar dapat dari jutawan internet tu. Dia memang betul-betul hebat sebab buat bisnes ni tak sampai setahun tapi dah berjaya. Seorang yang tak kedekut ilmu dan mesra walaupun dia dah berjaya.



Umur baru 25 tak silap Ammar tapi dah boleh pakai kereta yang kat atas tu, Nissan Skyline. Bukan murah kereta tu, mahal gila. Apa yang menarik tentang jejaka tu adalah dia seorang Mat Despatch yang dapat gaji bulanan hanya beberapa ratus je. Tapi dia telah buktikan bahawa budak penghantar barang@surat bukan penghalang untuk dia berjaya dan menjadi kaya. Dia telah buktikan bahawa Mat Despatch pun boleh jadi jutawan internet.



Tadi dia ada cakap masa dia susah dulu tiada siapa pun pandang. Yelah, sekadar bekerja sebagai budak penghantar sape nak pandang kan? Tapi bila dia berjaya dan pakai kereta mewah ramai je yang nak dekat dengan dia. Itulah lumrah dunia, manusia hanya memandang kepada harta. Tapi jangan ingat walaupun dia ni dah berjaya dia berhenti kerja Mat Despatch tu. Dia masih lagi bekerja kerja tu. Dia ada jugak cakap masa kerja dia bawak motor je, malam baru dia bawak kereta tu. Lihatlah betapa sederhananya dia. Memang boleh dijadikan contoh jutawan yang baik.



Siapa dia? Nanti Ammar akan bagitahu siapa orang yang bertuah itu pada entri yang akan datang.

0 comment... add one now