21 Mac 2011

Bestnya Derma Darah

Aduhai letihnya badan aku hari ni, banyak darah keluar tadi sebab drakula(Nurse) hisap.Hehehehe. Tapi walaupun letih aku sangat berpuas hati dan jiwaku tenang sebab tindakan aku tadi sekurang-kurangnya boleh membantu insan yang memerlukan. Jika darah yang aku derma tadi tu boleh menyelamatkan satu nyawa aku merasa cukup bertuah dan sangat gembira.



Tadi lepas je exam terus je pergi kat tempat dermah darah ni. Ingatkan dah ramai datang tapi rupanya aku orang yang pertama derma darah. Excited gila tadi nak derma darah tak tahu kenapa. Mungkin derma darah best kot. Best je bila tengok darah mencurah-curah keluar dan masuk dalam pek darah tu. Sekejap je penuh, 5 minit darah dah penuh. Tapi bila siap derma darah tu aku sedikit pening sebab badan letih, banyak darah keluar.


Aku hairan lah kenapa tiap kali pergi derma darah ramai kaum Hawa daripada kaum Adam. Adakah kaum Adam ni penakut? Takkan cucuk sikit pun takut kot, rasa macam kena gigit semut je pun bukan sakit sangat. Bila ajak orang yang tak nak derma darah ni banyak alasan yang dia buat contohnya:

1. Aku takut jarum.
2. Aku tak boleh tengok darah.
3. Aku tak cukup darah.
4. Aku tak cukup umur.
5. Aku tak cukup berat.



Banyak alasan yang diberi kan? Tapi cuba bayangkan orang yang anda sayang seperti mak anda atau kekasih anda sayang memerlukan darah segera. Jika tak dapat darah dalam masa satu hari orang yang anda sayang tu mungkin akan mati. Masa tu tak ada satu pun darah dan tak ada penderma kerana darah yang diperlukan adalah darah 0. Kebetulan anda tergolog dalam kumpulan darah 0. Apa tindakan anda masa tu? Nak buat alasan macam kat atas tu lagi atau beranikan diri untuk derma darah? Mesti anda tak nak orang yang anda sayang tu mati kan? Fikir-fikirkanlah.



Kelebihan derma darah:

1. Penderma darah boleh merangsang badan menghasilkan sel darah baru dan secara tidak langsung meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang lebih baik.

2. Mendapat pahala yang besar dari Allah kerana membantu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

3. Jiwa akan merasa lebih tenang dan tenteram kerana membuat perkara yang mulia.

4. Mendapat rawatan percuma pesaki luar, rawatan perubatan, dan caj wad.

5. Boleh melicinkan kulit muka.

6. Awet muda.

7. Berat badan mudah bertambah jika makan berlebihan.(sesuai untuk orang kurus)

3 ulasan:

Nor Suhaiza berkata...

mmg la nk slmatkan org tsayang, tp kalo diri sndri x mngizinkan org tu nk derma drh, x bole nk kta apa la.nk derma drh pun da kritiria jgk..x semua yg nmpk sihat boleh derma drh..

Rozita berkata...

akak sgt takut derma darah dik..ngeri tgk org ambik darah akak...org ambik 10ml pun akak x sanggup..camne tu?

Awan Biru berkata...

Nak jugak derma darah tetapi doktor kata " aiya berat tak cukup". Macam mana nak derma.

Rasa pening tu memang biasa.