24 Mac 2011

Bintang Batman Meninggal Dunia

Masih kenal dengan seorang bintang dalam filem Super Hero Batman? Bagi peminat setia Batman mesti kenal dengan nama Michael Gough yang memegang watak sebagai Alfred Pennyworth dalam filem itu.



Aktor Michael Gough 94 tahun telah meninggal dunia khamis lalu dihadapan keluarga tercinta selepas mengalami pelbagai jenis penyakit. Beliau telah membintangi 4 daripada 5 buah filem Batman sejak tahun 1989. Dalam kesemua siri filem Batman beliau memegang watak sebagai Butler yang setia kepada tuannya iaitu Bruce Wayne. Beliau juga bertanggungjawab mencipta kesemua kostum Batman yang dipakai oleh Bruce Wayne.



Watak Butler dalam filem Batman ini digambarkan sebagai seorang penasihat kepada Batman. Aktor ini telah berganding dengan bintang utama Batman iaitu Michael Keaton, George Clooney, dan Val Kilmer. Michael Gough telah membintangi lebih 150 buah filem dan drama televisyen. Pada tahun 1979 beliau pernah merangkul anugerah Tony Awards sebagai pelakon terbaik menerusi filem Bedroom Farce.

2 ulasan:

Awan Biru berkata...

Lama jugakkan beliau dengan siri Batman ni. Siap boleh reka kostum Batman lagi. Tapi, segala kemashuran seseorang itu pasti akan berakhir jua. Yang tinggal hanyalah kenangan.

Peja berkata...

dah tua dah dia...
ape2pun, dah sampai masanya..