20 Mac 2011

The Blues Memburu Kejuaraan

Carlos Ancelotti menegaskan bahawa pasukannya mampu menjadi pasukan pesaing memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris jika kemenangan milik Chelsea pada malam ini. Chelsea bakal berdepan Manchester City malam ini di Stamford Bridge. Kelebihan Chelsea sebagai tuan rumah mungkin menaikkan lagi semangat pemain-pemain Chelsea.



Ketika ini Chelsea berada di tangga ke empat liga dengan 51 mata, kurang dua mata daripada Manchester City yang berada di tangga ke tiga liga. Ancelotti berusaha untuk mengekalkan kejuaraan yang dimiliki Chelsea pada musim lalu. Perlawanan malam ini adalah penentu untuk Chelsea bakal memiliki kejuaraan.



Ancelotti telah memanggil semula Fernando Torres selepas pemain itu direharkan seketika bersama pemain tengah iaitu David Luiz. Ancelotti menegaskan supaya Torres boleh menjaringkan gol untuk dirinya.



Masalah yang dihadapi Torres ialah dia tidak pernah menjaringkan sebarang gol semenjak enam penampilan buat kelab barunya itu. Ancelotti mengharapkan keajaiban yang berlaku pada malam ini dengan jaringan gol dari pemain barunya itu.

2 ulasan:

Ronaldmohoni berkata...

Yes... Chelsea... hidup Chelsea...

Awan Biru berkata...

Go go go Chelsea.