China Godam Fail Sulit Tentera Korea


SEOUL: Penggodam komputer China Jun lalu berjaya mendapatkan laluan masuk ke fail rahsia tentera Korea Selatan mengenai rancangan pembelian pesawat pengintip dari Amerika Syarikat, kata seorang ahli parlimen Seoul. Laluan masuk itu bagi maklumat dalam komputer Kementerian Pertahanan mengenai rancangan membeli pesawat Global Hawk tanpa pemandu, kata Shin Hak-Yong, ahli parlimen pembangkang, Parti Demokratik dan ahli jawatankuasa pertahanan parlimen.
“Seorang pegawai kerajaan melaporkan perkara itu, kerajaan belum lagi membangkitkan isu terbabit dengan China dan masih berdebat cara mengendalikannya,” kata jurucakap Shin memetik kenyataan beliau yang mengesahkan laporan akhbar Chosun Ilbo, semalam.


Selanjutnya disini.

0 comment... add one now