15 Mac 2011

Gangguan Internet Akibat Tsunami Di Jepun





Semalam Ammar dengar satu berita yang kurang baik untuk kaki online kat Malaysia ni sebab Telekon Malaysia(TM) mengumumkan bahawa pengguna internet di Malaysia ini mungkin menghadapi masalah semasa melayari internet kerana terdapat sedikit masalah kabel akibat Tsunami di Jepun. Bagi pengguna WiFi mungkin menghadapi sedikit masalah ketika connect internet. Mungkin internet tu slow dan tak laju macam biasa.



2 kabel yang menghadapi masalah iaitu kabel Japan-US Cable Network(JUCN) dan Asia Pasific Cable Network 2(APCN2) yang menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat dan Hong Kong. 2 kabel ini rosak akibat gegaran daripada Tsunami yang melanda Jepun.



Para pengguna yang melayari laman web yang dihoskan di Amerika Syrikat, Eropah dan Asia Utara mungkin menghadapi sedikit masalah seperti masa loading lambat dan kegagalan mengakses. Bagaimanapun pihak TM telah menjalankan langkah-langkah awal bagi mengelakkan masalah ini.

3 ulasan:

naim berkata...

Patutlah bila malam-malam tenet ciput macam dial up

apezs shah berkata...

itulah yg telah berlaku..

Melati berkata...

ha'aah slow giler internet...