Hasil Karya Setelah 5 Tahun Meninggalkan Hobi Melukis




Inilah hasil setelah 5 tahun meninggalkan hobi melukis. Sangat mengecewakan sebab lama tinggal hobi melukis ni. Lukisan ni pun belum siap sepenuhnya lagi sebab belum buat teknik pembayangan atau 3D lagi. Eh, betul ke 3D? Betul lah kan? Tapi apa-apa pun Ammar masih bersyukur sebab bakat Ammar tu ada lagi walaupun dah lama tak asah. Bukan senang nak buat lukisan ni. Susah gila nak buat sebab dah lama tak melukis. Kalau Ammar teruskan melukis setiap hari kan best. Mesti boleh jadi macam Imuda kan?



Nak buat macam mana, Ammar sibuk sangat sekarang ni sampaikan tak ada langsung masa untuk luangkan untuk hobi ni. Ammar lukis lukisan ni pun time ada masa free je. Tu pun tak siap lagi sebab tak menjadi 100% lagi muka awek tu. Harap-harap lepas ni menjadi 100% lah. Tapi walaupun tak menjadi 100% muka dia ada dah yang cakap dia tahu muka ni muka sape. Kantoi lah.



Kalau anda semua tahu ni gambar sape jangan buat bising eh. Nanti kantoi lah Ammmar kan? Buat senyap je ok. Lalalala... Siapakah perempuan dalam gambar ini? Cuba teka. Ammar cabar anda semua teka sape sebenarnya gambar ni? Jawapan ada je dekat Facebook tu. Dia adalah kawan Ammar dekat Facebook tu. Cuba lah cari.

6 comments.. read them below or add one

cikmOt cikmOt 4 Mac 2011 1:19 PTG
ammar...tolong lukin muka akak sefamili ye...mekasih
A.s.t.i.n.a A.s.t.i.n.a 4 Mac 2011 1:21 PTG
Macam muka Anisa Hang Tuah.. Anisa ni kan kan?
FariehanIbrahim [LBC] FariehanIbrahim [LBC] 4 Mac 2011 2:13 PTG
wahhh! jdik lar tuuu,
comel pom dlu amek lukisan, tp da dkat 3thun tggl trus dh. huuhu
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 3:09 PTG
@cikmOt Insyaallah akak kalau Ammar aktif melukis nanti dan lukisan baik.
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 3:09 PTG
@A.s.t.i.n.a Salah..cuba lagi minggu depan..bhahahaha
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 3:10 PTG
@FariehanIbrahim [LBC] tak berapa nak jadi lah..huhuhuhu..jangan tinggalkan bakat tu nanti hilang