20 Mac 2011

Irma Hasmie Nekad Bertudung

Wajah cantik putih berseri dan menggayakan fesyen muslimah menutup aurat penuh pasti membuat si jejaka terpikat. Siapa lagi kalau bukan Irma Hasmie iaitu pelakon tanahair yang nampak ayu berseri apabila mengenakan tudung. Irma Hasmie kelihatan bertudung semasa majlis makan malam anjuran Rafflesia Jumaat lalu.



Pengalaman mengerjakan umrah selama dua minggu di Mekah Februari lalu membuatkan pintu hati pelakon ini terbuka untuk terus bertudung litup. Alhamdulillah walaupun pelakon ini bertudung tetapi masih lagi menerima tawaran untuk berlakon dan beliau menganggap berpakaian sebegini tidak menutup pintu rezekinya.



Seminggu selepas pulang mengerjakan umrah Irma Hasmie telah menerima tawaran untuk berlakon telefilem Mencari Bidadari untuk RTM. Watak yang dipegang adalah seorang wanita yang bertudung, sesuai dengan perwatakannya sekarang. Selain itu beliau turut menerima tawaran berlakon untuk beberapa drama lain termasuk untuk TV9.



Selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimah ramai peminatnya memberi reaksi positif. Jelaslah disini bahawa menutup aurat bukan bermakna menutup periuk nasi artis itu sendiri. Allah sentiasa ada pada orang yang benar dan sentiasa mengingati hamba-Nya jika hambanya sentiasa mengingati-Nya.




Gambar: Budiey

10 ulasan:

Tasha berkata...

cantik dah~
tapi tak kene dengan majlis pulak baju dia

Afaf CyNofa berkata...

cantek bile irma bertudung..
Alhamdulillah..jgn jadikan tudung hanya sebagai fesyen semata-mata tetapi juga merupakan satu kewajipan..semoga diteruskan niat yg baek itu dan bukan hanya satu perkara yg boleh dipakai buang.. ;p

Mais berkata...

cantik laaaaa,,,
suka,,
mmg terkejut laaa,,,
harap2 ia akan berkekalan....
=)

iwan_dextrous berkata...

elok lah tu..^_^

il ya na berkata...

ye eh? wa xsangka nya! alhamdulillah

Awan Biru berkata...

Baguslah. Kan nampak lebih ayu dan muslimah.

Wafiy Suzly berkata...

kgn jadikan sebagai fesyen
bertudung baju ketat tu tak sedap mata memandang

CIK TOM berkata...

cantik bertudung tp pakaian masih kurang sesuai..huk3..

iLa VaNiLLa berkata...

cantek sangat !!!!

manueng berkata...

bagus la;)