Krisdayanti Berkahwin

Diva terkenal dari Indonesia Krisdayanti selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Raul Lemos. Majlis akad nikahnya itu berlangsung di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Indonesia. Ayah KD iaitu Trenggono menjadi wali untuk pernikahannya itu.







Walaupun majlis itu lewat 30 minat dari jadual asalnya, majlis itu bagaimanapun tetap meriah dan dihadiri beberapa orang kenamaan.



Walaupun majlis itu berlangsung mewah tetapi pasangan itu tetap memilih satu set alat solat untuk dijadikan mas kahwin. Selesai majlis akad nikah ini air muka kedua-dua pasangan kelihatan bahagia dan senyum manis. Selamat pengantin baru KD, semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat.
Sebelum ini Krisdayanti pernah berkahwin dengan Anang Hermansyah namun rumahtangganya tidak kekal lama dan bercerai. Sebelum ini Raul Lemos disebut-sebut sebagai orang ketiga yang memecah belahkan rumahtangga KD dengan Anang Hermansyah.

2 comments.. read them below or add one

Awan Biru Awan Biru 20 Mac 2011 1:39 PTG
Harap-harap, perkahwinan beliau kekal ke akhirnya dan tiada lagi orang ke-3. Anang dah kahwin lagi ke belum?
CIK TOM CIK TOM 20 Mac 2011 6:24 PTG
baguslah...asyik dgr desas desus je...akhirnya kahwin jgk..