Manusia Akan Percaya Bila Nampak Kebendaan




Zaman sekarang ni banyak cara yang boleh digunakan untuk kaya dan antara orang yang kaya ialah orang yang berani menanggung risiko. Berapa ramaikah yang sanggup tanggung risiko ini? Sedikit je kan? Semakin hari semakin bertambah bilangan jutawan di Malaysia ini kerana mereka itu berani tanggung risiko dan kuat semangat sehingga berjaya.



Sebagai contoh banyak perniagaan sekarang ini diperkenalakan kepada umum namun ramai yang tidak percaya dengan sesuatu perniagaan itu dan takut untuk keluarkan modal. Mereka takut untuk rugi walaupun dalam diri mereka nak jadi kaya. Tahukah anda sikap sebegini adalah bukan sikap seorang yang ingin jadi jutawan?



Mereka takut untuk keluarkan modal hanya beberapa ratus dan sering melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada sesuatu perniagaan itu. Selalunya ada dalam kalangan mereka yang cakap perniagaan tu haram, menindas, penipuan dan segala bagai. Biasanya orang sebegini bersikap sedemikian kerana dia belum melihat lagi harta atau kekayaan orang yang dimiliki peniaga itu depan mata mereka sendiri. Sebagai contoh seseorang berpakaian biasa dan menggunakan motosikal sahaja semasa memperkenalkan sesuatu perniagaan kepada orang ramai berbanding seseorang yang berpakaian kemas dan menggunakan kereta mewah ketika bertemu dengan orang ramai yang ingin menceburi sesuatu bidang perniagaan itu.



Disini kita dapat menilai bahawa ramai dalam kalangan masyarakat kita akan percaya sesuatu atau seseorang bila orang itu nampak kaya atau mewah. Sikap ini boleh didefinisikan sebagai materialistik atau lebih mudah dikenali sebagai masyarakat yang memandangkan kebendaan. Sikap seseorang yang ingin menjadi jutawan bukan sebegini tetapi bijak menilai baik buruk sesuatu perniagaan itu. Melihat secara mata kasar sahaja tidak melambangkan apa-apa makna yang mendalam dan itu bukan sikap seseorang jutawan atau usahawan.

{ 8 comments.. read them below or add one }

nub nub 1 Mac 2011 3:52 PG
sokong hang. kebendaan tu kira nak bagi org percaya..adoii..

tu pasal banyak kes tayang kereta pnjam. hahaha
! Encik Nakal ! ! Encik Nakal ! 1 Mac 2011 4:12 PG
aku sependapat ngn Nub~~banyak sgt dah dok jmpa jenis ni~~hakhakhak
Lulu caldina Lulu caldina 1 Mac 2011 8:51 PG
http://lulu-pages.blogspot.com/2011/03/cool-wif-sunglass.html
faiz faiz 1 Mac 2011 9:16 PG
mungkin dgn kemewahan org lebih percaya dgn kredabiliti seseorang perniaga tu..
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 6:17 PTG
@! Encik Nakal ! Jem jem...bergaya dengan kereta orang
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 6:18 PTG
@faizbetul jugak..imej tu penting