Misi Menjadi Jutawan Sebelum Umur 30 Tahun




Aku mahu jadi jutawan!!!Aku mahu jadi jutawan!!!Aku mahu jadi jutawan!!! Aku gila duit? Memang aku gila duit sebab kebanyakan benda di atas dunia ni guna duit. Aku mata duitan? Memang aku mata duitan kerana tanpa mata duitan aku sentiasa tidak cukup duit dan kewangan aku tidak akan bebas seperti Akad seorang manusia terkaya di Babylon suatu ketika dahulu.



Kenapa duit sangat penting? Duit sangat penting sebab duit adalah penjamin masa depan yang cerah. Tetapi bukanlah duit itu segalanya. Apa yang paling penting adalah agama, Islam agamaku. Aku pernah terfikir jika kaya mungkin aku dapat membantu agamaku, ibu bapaku, keluargaku. Adakah akau akan berjaya? Tidak menjadi mustahil semua itu kalau aku berusaha keras dan tidak henti-henti berusaha.



Misi jutawan dalam masa kurang 10 tahun dari sekarang adakah aku berjaya? Tak mustahil bagi aku sebab orang lain dalam masa 9 bulan pun dah berjaya jadi jutawan. Mereka berjaya kerana? Kerana usaha kuat. Nak dapat jutaan ringgit adakah mudah? Tidak mudah, kalau mudah pasti ramai yang menjadi jutawan. Nak dapat jutaan ringgit perlu usaha jutaan kali juga. Tanpa usaha jutaan kali tidak mungkin jutaan ringgit yang dapat.







Aku kuat berangan? Memang aku kuat berangan. Aku berangan nak pakai kereta Ferrari sebab kereta itu menjadi idaman aku sejak kecil. Kenapa? Kerana rekaan, warna dan kelajuannya memikat jiwa mudaku. Aku rasa tak salah aku berangan sebab salah satu ciri-ciri orang yang mahu jadi jutawan adalah berangan dahulu dan mengtafsirkan angan-angan itu dengan usaha bersungguh-sungguh dan terus menuju kejayaan. Aku yakin akau boleh melakukannya jika menemui resepi kejayaan jutawan. Aku masih mencari apa resepi itu.

3 comments.. read them below or add one

Capsulesepet Capsulesepet 5 Mac 2011 10:02 PG
duit memang penting..tapi duit bukan segalanya..
i LOVE MONEY..haha
safra safra 5 Mac 2011 4:54 PTG
usaha lebih lif kejayaan...