Nafsu Tidak Boleh Disekat Tetapi Boleh Dikawal




Nafsu dari segi bahasanya ialah kecenderungan, keinginan atau dorongan hati yang kuat. Nafsu dan hawa nafsu adalah sesuatu yang berbeza, hawa nafsu pula biasanya didefinisikan sebagai dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Ramai manusia gagal dalam kehidupannya akibat tidak dapat mengawal hawa nafsu.



Nafsu adalah anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia dan anugerah yang diberikan ini mempunyai hikmah tersendiri. Nafsu sebenarnya tidak boleh disekat tetapi nafsu boleh dikawal. Nafsu boleh dikawal dengan syariat yang telah ditetapkan di dalam Islam. Bagaimana mengawal nafsu? Caranya adalah menjauhi larangan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.



Kita melihat sendiri apabila nafsu manusia disekat contohnya dalam agama Kristian Paderi dilarang untuk berkahwin. Apa yang terjadi apabila nafsu ini disekat? Terjadinya kes Paderi merogol orang awam yang pergi ke gereja. Jelaslah disini bahawa nafsu manusia tidak boleh disekat tetapi boleh dikawal.



Islam itu cukup sempurna dan dengan itu Islam mewajibkan umatnya berkahwin untuk melakukan seks. Tidak kira seseorang itu alim ulamak atau orang biasa Islam tetap mewajibkan umatnya berkahwin dahulu sebelum melakukan hubungan seks. Oleh hal demikian, nafsu adalah sesuatu yang tidak boleh disekat tetapi boleh dikawal.

{ 10 comments.. read them below or add one }

syairahmohdanuar syairahmohdanuar 1 Mac 2011 9:08 PTG
haa..nafsu memang susah nak kawal.terutama nafsu shopping.lol :p
! Encik Nakal ! ! Encik Nakal ! 1 Mac 2011 9:56 PTG
napsu umpama lilin yng membakar diri~~hakhakhak
sicomot-comel sicomot-comel 1 Mac 2011 10:04 PTG
nafsu amarah pun sama.

tak leh nak sekat, tapi kena pandai kawal lah. kalau tak, memang binasa lah diri sendiri
SaYraH WonDerLanD SaYraH WonDerLanD 2 Mac 2011 9:58 PG
ye. Harus dikawal tak patut disekat. Andai disekat lagi akan menjadi-jadi
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 12:27 PTG
@sicomot-comel kerana nafsu amarah jiwa akan binasa kan?