Nuffnang Kena Ugut




Akhirnya jawapan untuk persoalan Ammar selama ini terjawab bila tengok ticket yang Ammar hantar kepada Nuffnang sebelum ini. Sebelum ni Ammar mencadangkan supaya pihak Nuffnang meletakkan iklan berbayar atau bufffered earnings dekat blog Ammar ni. Tapi tadi je baru Ammar terima balasan dari Nuffnang yang mengatakan Ammar melakukan penipuan klik baru-baru ini. Memang panas lah gua sebab dia tuduh gua ni tipu klik.



Hello Nuffnang, gua tak pernah pun klik iklan kat blog sendiri. Nuffnang ni kalau kita buat senyap semakin dia naik atas kepala kan? Ammar dengan lantangnya mengatakan itu bukan Ammar yang buat sebab sepanjang Ammar blogging tak pernah pun klik dekat iklan sendiri. Mungkin dia silap kesan atau mungkin penipuan klik tu dibuat oleh pengunjung blog Ammar.



Ammar rasa mungkin ada yang datang blog ni dan tinggalkan komen dekat shout box dia telah klik iklan. Sebab tu kot dia ingat Ammar berpakat dengan pengunjung blog Ammar untuk tipu dia. Ammar pernah jugak terima mesej macam tu dekat shout box. Sebagai contoh, saya baru je klik iklan dekat blog ni, jangan lupa datang ke blog saya dan klik iklan ya. Amboi-amboi, sesedap dia je berpakat-pakat main klik-klik. Ammar yang jadi mangsa pulak. Oh tidak!!!!



Kepada yang pernah buat kerjaya macam ni Ammar berharap lepasa ni jang buat kerja ni lagi sebab Nuffnang marah. Tak pasal-pasal Ammar tak dapat BE. Kalau nak klik tu klik je dengan ikhlas, jangan nak bagitahu kat Ammar dah klik iklan. Bukan penting pun benda tu. Buat apa berpakat-pakat klik ni? Ingat Nuffnang tak boleh kesan ke? Ingat, sistem mereka lebih canggih dari sistem kita. Jangan cuba nak tipu-tipu.



Kerana geram dengan tuduhan yang tidak berasas dari Nuffnang Ammar pun ugut Nuffnang tadi. Ammar cakap Ammar tak buat penipuan klik tu pun dan kalau pihak Nuffnang tak percaya Ammar akan keluar dari menggunakan iklan dari Nuffnang. Ingat Ammar terhegeh-hegeh sangat nak dapat iklan dekat Nuffnang tu. Bhahahaa.... Sorry lah kalau ada terasa lada atau pedas dengan entri ini. Bukan untuk mengutuk tapi untuk memperbetulkan benda yang salah.

{ 9 comments.. read them below or add one }

shiqin shiqin 4 Mac 2011 8:48 PG
waah ! tanx ammar sudi kongsi. shqn pun tak tahu psl bnde2 nie.
tanx2.

pe pun lexx lu kat ..
http://shiqinzainal.blogspot.com/2011/03/perlu-sangat-muka-cun.html
Tok Esah Tok Esah 4 Mac 2011 11:38 PG
hahaha, garangnye!!!

takkan lah mcm tuh skali kot nuff!!

dlm 2 bulan ni, tok dpt 6 dah BE, 4 jd metered dah selepas sebulan menari2, bahya gak kalau click fraud ni!!!

xpe mar, iklan lain bnyk agy!!
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 12:06 PTG
@Tok Esah garanglah..bhahahah...tok.... nak BE 1
Myvitrd Myvitrd 4 Mac 2011 1:03 PTG
mungkin nuffnang keliru dengan dengan nama blog kot.. sebab nama blog jomklikblog.. mungkin dia orang ingat jomkliknuffnang.. hehehe..

Apa pon kalau ada yang benda yg rasa tak puas hati.. hantar tiket je dengan nuffnang.. nanti dia jawab..
Mama Zharfan Mama Zharfan 4 Mac 2011 3:09 PTG
kalau nak tukar ads company--nak kena min 1k UV daily kalau nak join innity..not easy bro, tp kalau blog u traffic mantops, memang boleh tukar any time..
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 6:04 PTG
@Mama Zharfan Pergh!!! susah nak dapat 1k tu..hehehe
Miss Yaty Miss Yaty 6 Mac 2011 9:09 PG
bagus2..berani kerana benar! ;)