4 Mac 2011

Parking Motor Buruk Sebelah Kereta Skyline




Sampai je dekat majlis taklimat bisnes online tadi Ammar nampak depan mata kereta yang membuat Ammar naik semangat iaitu Skyline. Sungguh teruja melihat kereta mewah macam ni depan mata. Dalam hati bilalah dapat pakai kereta mewah macam ni. Sungguh kerdil diriku ini dari segi harta. Aku tidak punyai apa-apa hanya sekadar motor buruk je sebagai harta yang ada.



Siapakah tuan punya kereta tu? Mesti orang kaya kan? Memang pun, dia adalah jutawan internet yang bakal bagi ceramah mengenai bisnes online tu. Ammar dengan selambanya parking tepi kereta tu. Tak mustahil motor buruk Ammar tu akan berubah jadi kereta mewah suatu hari nanti kan? Semua itu Ammar akan dapat kalau kuat usaha dan tekun. Insyaallah akan jadi seperti jutawan tu suatu hari nanti. Amin.



Ramai jugak awek-awek pergi majlis tu tadi dan tengok je dekat motor Ammar. Mesti dia pelik dan langsung tak kagum dengan Ammar kan? Siapa nak kagum dengan motor buruk Ammar tu kan? Lain lah kalau kereta sebelah tu, semua pandang sampai cair semua awek-awek yang tengok. Akan ku buktikan suatu hari nanti motor buruk itu akan ku tukarkan kepada kereta mewah. Aku yakin aku boleh buktikan.

7 ulasan:

iqbalhakimi berkata...

insyaAllah boleh mar..janji ada usaha =)

faiz berkata...

insyaallah...kalao berusaha ferarri pon dpt..heheh

Cik Ila berkata...

skyline harga dia bape eh?? ade lecturer cik ila pakai skyline...

AMMAR YASIR berkata...

@iqbalhakimi Insyaallah... Amin.. Thanks

AMMAR YASIR berkata...

@faizNak ferarri...hehehehe

AMMAR YASIR berkata...

@Cik Ila mahal tu..xthu..tak kaji sebab Ammar xbrape minat sangat... tapi yang pasti ratusan ribu lah

Tanpa Nama berkata...

kalau r35 about 4ook cmtula kn, latestnye skyline