Pos Surat UPU RM41.00




Assalamualaikum dan selamat malam semua pembaca setia blog Ammar. Pergh!!! Letih gila hari ni duk selesai borang UPU tu. Lepas zohor turun dari rumah selesai semuanya dan balik rumah pukul 7.30 pm. Dahlah balik balik time hujan lebat, habis basah baju ni. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya pasal UPU selesai. Tak payah fikir dah lepas ni pasal UPU tu.


Mula-mula fotostat semua dokumen yang 4 buah Universiti tu nak dan lepas tu pergi cop semua dokumen tu. Banyak cerita sungguh nak mintak UPU ni. Selesai semua tu pergi pejabat pos nak beli sampul surat pos express tapi kecewa sebab sampul surat tu dah habis pulak. Memang geram gila lah masa tu.


Tetiba dapat idea nak pos surat melalui syarikat penghantar Sky Net. Apa lagi, terus pergi pejabat Sky Net pos surat tu. Tanya akak tu berapa harga pos 4 surat tu, akak tu cakap semuanya RM41. Terkejut Ammar sebab ni first time pos surat sampai mahal macam tu sekali. Selama ni pos surat paling mahal beli stem RM1 je. Hehehe. Barulah Ammar tahu sebab apa mahal, pos surat ke Universiti Malaysia Sabah(luar Semenanjung) je dah RM20 tak termasuk kos sampul surat lagi. Selesai....


Tapi apa-apa pun berpuas hati lah sebab dijamin sampai esok surat tu(betul ke?). Bukan apa, sebenarnya tarikh tutup untuk borang UPU tu dah dekat sebab tu Ammar selesai awal-awal takut terlambat pulak nanti. Kalau ada sape-sape yang isi UPU macam Ammar ni cepat-cepatlah selesaikan sebab tarikh tutup dah dekat ni. Tak silap Ammar 4/4/2011 nanti tutup borang tu.



4 comments.. read them below or add one

♥CHaRa♥ ♥CHaRa♥ 30 Mac 2011 8:56 PTG
hye ammar!
confirm dapatla tu.
sambung degree yer!
azwa amani azwa amani 30 Mac 2011 8:57 PTG
oohh semoga berjaya..dlu amani pun nak UMS..tapi dapat UPSI...jadi cikgu jer laaa..syukur aLHAMDULLILAHH
♥ AyaHikari ♥ ♥ AyaHikari ♥ 30 Mac 2011 10:30 PTG
apply ape ni eh kene post2 segala?hehe..bukan sume online eh?
NMH NMH 31 Mac 2011 12:25 PG
bersusah susah dulu bersenang2 kemudian..=)