Rasa Nak Gelak Guling-guling Sebab Blogger Baru




Semua orang pernah jadi baru kan? Pelajar baru, cikgu baru, awek baru dan boyfriend baru. Tapi kali ni Ammar nak cakap pasal blogger baru(Ammar pun baru), dengan cara baru dan identiti baru. Mungkin bukan sesuatu yang senang untuk seseorang blogger baru memperkenalkan blog mereka kepada orang ramai kan? Hanya dengan cara yang berkesan dan baik je dapat memperkenalkan blog mereka. Setuju?



Semenjak dua menjak ni ramai Ammar tengok ada blogger baru. Bila ramai blogger baru macam-macam ragam lah berlaku dalam dunia blogging ni kan? Ammar rasa nak gelak dan guling-guling sebab blogger baru ni. Kenapa? Sebab tiap kali Ammar ping entri terbaru di group kat Facebook pasti ada orang komen. Ingatkan komen pasal entri tu tapi bila tengok blogger baru ni letak url blog dia. Bhahahaha.... kelakarlah cara blogger baru ni promosikan blog mereka.



Kata orang kalau tak layan takut terasa hati pulak kan? Dengan rela hati Ammar pun pergilah melawat blog blogger-blogger baru tu sebagai tanda ambik hati. Orang dah jemput pergi rumah kalau tak pergi takut dia terasa pulak kan? Ammar pun terfikir-fikir jugak dengan cara blogger baru ni. Kenapa dia buat macam tu ek? Kalau dah awal-awal blogging dah buat kerja yang tak profesional macam ni mesti susah untuk bina identiti yang baik kan?



Bagi Ammar cara tu tak salah pun dan Ammar tak rasa jengkel dan geram langsung dengan cara mereka tu tapi apa persepsi blogger lain? Mungkin ada jugak blogger-blogger lain yang tak suka dengan cara tu kan? Mungkin ada yang aggap cara blogger baru tu sebagai spam untuk dapat traffik. Pesanan Ammar kepada blogger baru supaya gunakan cara yang efektif untuk promosikan blog baru. Sebagai contoh rajin blogwalking dan komen pada blog orang lain. Selain itu tinggalkan jejak pada setiap blog yang dilawati.

{ 10 comments.. read them below or add one }

oja_alia oja_alia 2 Mac 2011 9:11 PG
hahahaaa....ok done!
sy ade blog hujung tahun 2009..
blog lemau 2010..2011 bukak balik.baru ke lame??=)
then..sy tak letak url cmne yg awak maksudkan..
melainkan..dowang mintak nak bW..
tp da lame pulak tak letak url kalau dowang mntak..sbb da malas laa..hahaaa!
genkconer genkconer 2 Mac 2011 9:17 PG
saya salah satu blogger baru..tp stakat ne,,blum lgi penah bg url spt yg dkatakan oleh en ammar ne..hehhe..tp betul apa yg dikatakan,,kna rajin tgglkan jejak..alhamdulillah follower sya bertmabah walaupun masih dalam kuantiti yg sdikit,, :)
Isteri Yang Comel Isteri Yang Comel 2 Mac 2011 9:26 PG
almak terasa saya... hihihi saya selalu letak url kat FB saya sebab nak traffic kot.. tapi nak kongsi cerita saya tulis ngan kengkawan saya lam FB, laupun derang takder belog...
Hajar Rasdi Hajar Rasdi 2 Mac 2011 11:54 PG
haha.. biasa la tu mula2.. maybe taktaw lagi kot dunia blogging nie mcm mana.. =)
Nurul Atika Nurul Atika 2 Mac 2011 12:17 PTG
ika pun baru lagi..
kawankawan fb pun xtau ika ade blog..
segan nk bgtau..
ngee~
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 12:16 PTG
@oja_alia dah lama tu..otai lah ni kan?
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 12:16 PTG
@genkconer betu betu betul...rajin-rajin kanlah
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 12:17 PTG
@Isteri Yang Comel janganlah terasa..sorry kalau terasa
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 12:18 PTG
@Hajar Rasdi budak-budak katakan..bhahahaha(macam lah Ammar ni dah tua)
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 12:18 PTG
@Nurul Atika ala..nape pulak segan? bagitahula