4 Mac 2011

Siapa Skodeng Ammar? Baik Mengaku Cepat




Kalau Ammar buka blog je mesti ada pelawat dari United Kingdom. Hairan jugak orang dari UK ni asyik datang sini je. Nak kata blog Ammar ni berbahasa inggeris jauh sekali kan? Tapi Ammar rasa pengunjung ni sebenarnya orang Malaysia jugak. Mungkin pelajar dari Malaysia yang belajar kat sana ataupun rakyat Malaysia yang bekerja kat sana. Apa-apa pun itu adalah andaian Ammar je. Tak tahu yang mana betul.



Ammar berharap orang yang selalu skodeng blog ni mengaku lah siapa dia. Buka Ammar nak marah tapi sekadar nak kenal je. Boleh kan? Mana tahu kot-kot kita boleh jadi kawan baik ke. Bolehlah Ammar pergi UK jugak makan angin kat sana macam Hanis Zalikha tu. Bestnya dapat pergi luar negara. Nak main dengan salji lah....hehehehehe... Tapi Ammar alahan dengan sejuk.



Kotak komen ada kat bawah tu je. Kalau sudi kenalkan diri anda silakan. Ammar nak tahu jugak kenapa awak suka sangat datang blog Ammar ni sebab Ammar rasa blog Ammar ni biasa je. Tak ada yang menarik atau best pun. Sekadar blog picisan je pun. Hairan jugak nape awak suka datang blog Ammar ni. Nak tahu jugak sebabnya. Boleh bagitahu kan?

14 ulasan:

DiriKu berkata...

sayalah tu XD
hahahaa XD

AMMAR YASIR berkata...

@DiriKu betul ni? tak tipu?

jaa64 berkata...

hahahaha...dari uk je ke??xkan negara lain xde kot..saya mmg ramai dr luar sbb dh taw kawan2 sendiri kat overc baca..hehe :)bukan orang lain~

sayalah yg skodeng amar tuh..hehe =p

A.s.t.i.n.a berkata...

eh tade.. tade.

saya tak pernah tau skodeng orang.. heh

Wafiy Suzly berkata...

amboi, ingatkan marah,haha

Justin Bibir berkata...

me, me!!!

i skodeng u every day, every time and every where!!!

hihiks

i like ur blog, sempoi!!!

Tanpa Nama berkata...

bajet sungguh kate ade org dari UK nak tengok blog kau.
macam lah dorang tu kenal kau.
dorang tertekan je blog kau.
itu pon tak lame..dua tiga saat je.
gelabah macam tak pernah ade visitor dr negara lain..
piiraahh..

AMMAR YASIR berkata...

@jaa64 dari negara lain ada jugak tapi dari UK yang paling kerap datang

AMMAR YASIR berkata...

@A.s.t.i.n.a Ek elah..hehehehe.. Astina skodeng Ammar kan?lalalaa

AMMAR YASIR berkata...

@Wafiy Suzly mana ada marah...hehehehe...suka

AMMAR YASIR berkata...

@Justin Bibir Owh..yeke? Thanks sangat2

AMMAR YASIR berkata...

@Tanpa Nama Hehehe..dapat penghargaan pulak kat sini... Terima kasih..hehehehe

Mama Zharfan berkata...

aieshh..me terlambat jwb ni

me ler tu
me dari nottingham UK :)
me study kat sini
nak jwb soalan u psl HB tu..
RM400 tu me dpt since dec-feb (3 bln )

AMMAR YASIR berkata...

@Mama Zharfan baru tahu..hehehehe..ingatkan sape tu..thanks