Siapa Yang Memotivasikan Aku?




Ciri-ciri orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Motivasi sangat penting kerana itulah wujudkan pakar iaitu sebagai contoh Pakar Motivasi Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Kenapa motivasi ini sangat penting? Kerana hanya motivasi yang tinggi membolehkan seseorang itu berjaya. Tanpa motivasi seseorang itu tidak akan berjaya. Kenapa Bill Gates menjadi salah seorang manusia terkaya di dunia ini? Kerana mempunyai motivasi yang tinggi dalam diri.



Bagaimanakah untuk mendapatkan motivasi? Dalam hidup Ammar terdapat dua sumber untuk memberi motivasi kepada diri Ammar iaitu buku atau sumber pembacaan dan orang yang Ammar kenali. Sebagai contoh, sumber untuk Ammar bermotivasi dalam bidang perniagaan adalah buku motivasi. Ammar selalu membaca buku motivasi dari mentor-mentor jutawan antaranya ialah dari Pakar Perniagaan Internet di Malaysia iaitu saudara Dr Ifran Khairi. Beliau telah banyak memberi motivasi kepada Ammar tentang bidang perniagaan internet ini.



Sumber motivasi kedua ialah dari orang yang Ammar jumpa atau orang yang Ammar kenal. Orang yang sering memotivasikan hidup Ammar adalah ibu bapa Ammar sendiri dan guru-guru seterusnya kawan-kawan sendiri. Siapa orang yang memotivasikan diri Ammar untuk bidang perniagaan? Sumber yang paling penting ialah mentor jutawan atau jutawan itu sendiri. Dalam hidup Ammar baru sekali pernah berjumpa dengan mentor jutawan iaitu saudara Idham Neo. Banyak tips-tips yang berguna telah beliau kongsi untuk memotivasikan diri Ammar dalam bidang bisnes.



Ingat! Diri kita akan terbentuk disebabkan orang yang menghampiri kita atau orang yang kita hampiri. Jika kita berkawan dengan pembawa najis nescaya kita juga berbau najis dan jika kita berkawa dengan jutawan tidak mustahil kita juga akan menjadi jutawan suatu hari nanti. Oleh hal demikian ramai yang tidak berjaya kerana salah memilih kawan. Berkawan dengan mat rempit akhinya menjadi mat rempit atau minah rempit. Berkawan tidak salah tetapi untuk berkawan kita harus berhati-hati.

0 comment... add one now