Tidur Hanya Dua Jam Semalam




Dulu pakar perniagaan internet pernah kata orang yang berjaya dan mahu berjaya sangat pendek waktu tidurnya. Dr Irfan Khairi berkata semasa dia mengejar cita-citanya dia hanya tidur 3 jam sehari. Hebat betul orang yang berjaya ni kan? Ammar cuba untuk jadi antara yang terhebat itu. Semalam balik je dari taklimat perniagaan internet tu Ammar langsung tak boleh nak tidur sebab duk cari maklumat mengenai perniagaan internet.



Setelah terlalu letih akhirnya Ammar tertidur jugak. Setelah dua jam tidur, bangun solat subuh dan terus menyediakan sarapan untuk anda semua. Sarapan apa? Entri yang Ammar taip ni adalah sarapan untuk Ammar semua. Rela tak tidur lama sebab sayang sangat kat anda semua. Hehehehehehehe (ayat bodek). Ammar perlu menghargai anda sebab anda sentiasa datang kat blog Ammar ni. Sebagai tanda penghargaan untuk anda Ammar menyediakan entri-entri ini. Kalau tak silap ni entri yang ke 5 untuk hari ini. Ammar berharap anda semua sudi membaca kesemua entri Ammar tu.



Ammar cuba untuk menghidupkan setiap hari blog Ammar ni supaya ramai yang datang menjamu selera dekat sini secara free. Silalah menjamu selera dengan entri-entri Ammar ini. Tapi kalau ada tersilap atau ayat tak sedap tu Ammar mintak maaf lah sebab Ammar hanya blogger baru dan banyak lagi perlu belajar. Tapi Ammar akan cuba memperbaiki lagi mutu penulisan Ammar ini dari masa ke semasa. Kerana anda Ammar sanggup lakukan apa sahaja.

4 comments.. read them below or add one

Chieda Hafiz Chieda Hafiz 4 Mac 2011 9:39 PG
mata saya jenis tak tahan. Pukul 9 mlm sure dah ngantuk sebab penat seharian kat office. Pukul 10 bangun balik sebab nak online. hehe..
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 12:07 PTG
@Chieda Hafiz awalnya tidur..hehehehe.. ermm..yelah...bila penat mesti mngantuk kan
A.s.t.i.n.a A.s.t.i.n.a 4 Mac 2011 12:18 PTG
Ammar! sila jaga kesihatan >.<
AMMAR YASIR AMMAR YASIR 4 Mac 2011 12:33 PTG
@A.s.t.i.n.a Huk huk huk..terharunya sebab Astina ambik berat pasal Ammar...