Adakah Ini Cinta?

flower
Cinta pertama telah mengajarku erti sebenar cinta. Perginya cinta pertama itu telah membuat hatiku menjadi batu. Semakin hari semakin aku meninggalkan perasaan cinta di dalam diriku. Perasaan cinta kepada insan bernama kekasih. Perasaan yang mungkin tidak kekal abadi seperti perasaan cinta kepada Allah.


Semakin aku menjauhkan diri kepada cinta aku merasakan jiwaku sunyi tanpa teman bicara. Dulunya jiwaku tidak begitu  sunyi kerana jiwaku ditemani perasaan cinta. Perasaan cinta itu yang selalu menjadi teman bicara jiwaku. Aku merasa sudah tiba masanya aku melupakan kepahitan dan kelukaan yang aku alami sebelum ini.


Tapi… Aku masih tertanya-tanya patutkah aku mencintai? Aku tidak takut untuk mencintai tetapi aku takut bila ada insan yang mencintai diriku ini tanpa aku sedari. Aku pernah merasakan kekecewaan dah kelukaan itu dan aku tidak mahu kelukaan dan kekecewaan itu dialami oleh orang yang aku sayang. Kau bernama sahabat, patutkah aku mencintai dan dicintai oleh insan bernama sahabat?


Bila aku melihat Dolphin teringat aku dengan satu cerita yang aku selalu tengok semasa alam persekolahan Kau masih kekasihku”. Dia telah mengembalikan memori lamaku. Aku sangat suka pada Dolphin dan aku suka warna hijau kerana melambangkan kedamaian. Adakah aku telah merasakan cinta?

4 comments.. read them below or add one

Yana Yana 22 April 2011 11:48 PTG
sedih nya ammar punya post hari ini....cinta itu satu yang sukar diramal....cepat ia datang maka cepat lah ia pergi....tapi bila ia pergi ada hikmah disebalik nya....kita perlu fikirkan dan renungkan kebaikan dan keburukan cinta....cuma cinta pada allah yg akan kekal selamanya....cinta pertama bukan cinta terakhir buat kita...kerana dari cinta pertama yg pergi akan datang cinta yang lain nya...cuma perlu tunggu kerana kita akan jumpa cinta yang akan jadi milik kita selamanya....jd jangan putus asa...berdoa pada allah kerana dia maha mengetahui....
miss ryrinn _ angin miss ryrinn _ angin 22 April 2011 11:50 PTG
ammar jatuhhh cintaaaa . wuwuuuuuuu :))
Tanpa NamaTanpa Nama 23 April 2011 12:23 PG
yeke nie...?ske dolphin gn warna ijau 2...huhuhuhuuh
yatie Awang yatie Awang 23 April 2011 7:09 PG
cinta datang tanpa di duga, cinta tak mengenal usia malah tak juga mengenal sesiapa termasuk sahabat, mungkin sahabat lebih memahami perasaan kita tp jangan sesekali kata cinta itu buta, kerana ia tidak buta, cuma kita yang membutakannya....