Aku Rindukan Penulisan Blogger Dulu

hati-yang-berbungajpg
Memang tidak dinafikan traffik blog memang menjadi sasaran utama setiap blogger. Traffik tinggi dan mencanak naik hari demi hari memang menjadi idaman setiap blogger. Tetapi blogger harus sedar bahawa mengejar traffik semata-mata sebenarnya boleh menghilangkan pembaca setia.


Ammar sungguh rindukan gaya penulisan dia seperti dahulu. Kini gaya penulisan itu sudah tiada lagi. Serius Ammar cakap dulu banyak blog-blog yang Ammar suka pergi sebab gaya penulisannya yang menarik dan dapat memikat hati Ammar. Tetapi sayang seribu kali sayang blog-blog yang Ammar suka pergi tu dah lari dari landasan sebenar dan blogger tu dah tak jadi dirinya lagi seperti dulu. Dah tiada keunikan lagi.


Dulu Ammar suka pergi melawat blog-blog seperti blog lawak dan blog info tetapi sekarang ni bila Ammar masuk blog-blog tu semuanya dah berubah kepada entri yang mengejar traffik seperti teknik seo. Ramai blogger-blogger sekarang ni berubah kerana menggunakan teknik seo ni. Memang tak salah guna teknik seo tapi kalau tiap-tiap hari guna teknik seo mestilah ramai pembaca setia yang akan lari. Yang datang hanyalah pembaca yang tidak setia.


Persoalan Ammar kenapa blogger ni harus jadi orang lain dan tak suka jadi diri sendiri? Kalau betul pun nak naikkan traffik biarlah teknik seo tu bergerak seiringan dengan entri santai. Ammar sangat rindukan entri santai seperti dulu. Jadilah Ben Ashaari sebagai contoh untuk menjadi diri kita sendiri.

2 comments.. read them below or add one

lylaROCKprincess lylaROCKprincess 12 April 2011 12:08 PG
menjadi diri sendiri itu lebih baik...
sy hanya ingin menyampaikan maklumat...
tak pernah fikir pun pasal trafik atau seo...
ya sy blogger syok sendiri...
huhu...
Awan Biru Awan Biru 12 April 2011 2:02 PTG
Seo apa semua tu pun Awan tak tahu. Kalau setakat nakkan trafik,bosanlah juga.