1 Apr 2011

Buat Pahala Dengan Blog Bukan Buat Duit Dengan Blog




Sejak kebelakangan ni banyak blog-blog baru muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Mungkin kita tertanya-tanya apa tujuan blog baru muncul dan apa juga tujuan blog kita muncul kan? Serius Ammar cakap mula-mula Ammar buat blog ni sebenarnya niat nak buat duit poket untuk belanja kat kolej. Tapi bila berblog hampir 2 bulan Ammar rasa macam tak tenang je jiwa ni sebab niat berblog sebab duit semata-mata. Buat entri asyik fikir pasal duit je. Kata orang duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit.



Bro Ben Ashaari selalu memotivasikan Ammar dalam berblog ni. Dalam entri Bro Ben Ashaari banyak dia cerita pasal tujuan berblog ni. Tujuan berblog mesti ikhlas menyampaikan info-info yang baik kepada orang ramai bukan duit sebagai tujuan utama. Bila kita ikhlas menyampaikan info dan ramai orang suka baca info-info kita pasti duit itu datang dengan sendirinya. Ammar dah menemui kemanisan berblog. Sekarang ni Ammar mampu tersenyum lebar bila dapat kemanisan berblog ni.



Sebagai contoh ENTRI INI seperti gambar kat atas tu Ammar telah berjaya menyampaikan info yang sangat penting dan berguna kepada agama iaitu Islam. Ammar bukannya nak riak atau bangga diri sebab buat pahala tapi disini Ammar nak bagitahu sebenarnya dengan berblog ni kita dapat buat banyak pahala dan faedah jika kena dengan caranya. Rasa terharu sangat bila 123 kali orang yang share entri Ammar pasal hina Nabi Muhammad tu dekat facebook. Jelaslah disini jika entri kita berguna dan bermanfaat untuk semua pasti ramai yang kongsi.

4 ulasan:

nora berkata...

aku tumpang terharu gak ar
leh ke tak leh ni

ENTRY HOT : Nak Merajuk

TAYAR PANCIT berkata...

betol tu bro..ape pe pon niat tu penting dan iklas:)

||aLeaSaRa|| berkata...

terbaekkkkk!yelah kite tak pasang ada satu iklan tu,ada blogger dtg tanya kenpa tak pasang.kite pasang nuff pun sebab seronok tgk iklan bertukar2 he.duit?erm hanya bbrpa sen je tapi kite tak pernah rayu utk klik.just for fun dan decorate blog boleh?he3....

p/s:mmg suka sggh sini byk entri yg best!

Citarasa Rinduan berkata...

selamat berhujung minggu dik

kak sokong entry kamu.,..
memang berblog lebih bagus pada info yang lebih kepada ilmiah lagilah melibatkan dakwah

tapi....kak lebih senang pada masa nie untuk beblog melepaskan diri yang sebenar..

PS; kadangkala kak pun senang kongsi bab keagamaan..moga2 kita ke jalan y benar