Cara Mudah Mendapat Dan Mengekalkan Traffik 500++ Sehari

backlinks1
Mendapat traffik tinggi adalah impian semua blogger, tetapi adakah mudah untuk mendapat traffik yang tinggi? Jawapannya adalah bukan senang untuk mendapat traffik yang tinggi dan paling susah jika ingin mengekalkan traffik itu. Sebagai contoh, hari ini kita berjaya mendapat 1000 traffik sehari tetapi esok belum tentu lagi kita berjaya mendapat traffik sebanyak itu lagi. Bagaimana cara untuk mengekalkan traffik itu? Jawapan berada di tangan blogger itu sendiri.


Perkara yang paling penting untuk mendapat traffik tinggi adalah menyediakan entri yang berkualiti dan mendapat permintaan tinggi dalam sesuatu masa. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik seo yang berkesan. Blogger seharusnya peka terhadap perkembangan semasa dan permintaan pasaran semasa. Sebagai contoh jika hari ini dunia banyak menceritakan tentang Tsunami, maka itu adalah peluang untuk blogger menarik traffik dengan menyediakan entri berkaitan Tsunami.


Jika hari ini kita berjaya mendapat traffik tinggi sudah tentu kita ingin mengekalkan traffik itu untuk hari berikutnya dan berikutnya. Cara yang paling mudah untuk mengekalkan traffik harian yang tinggi adalah kita haru berfikir bagaimana cara untuk mendapat traffik tinggi dan sentiasa menggunakan cara itu setiap hari.


Selain itu gaya menulisan yang menarik juga perlu ditekankan setiap entri yang dikeluarkan. Teknik ini sebenarnya penyumbang utama untuk mengekalkan pembaca setia. Jika kita dapat memikat hati pembaca dengan gaya penulisan menarik sudah tentu menjadi satu bonus bagi kita untuk mengekalkan traffik harian yang tinggi.


Perkara yang paling penting untuk mengekalkan traffik yang tinggi adalah jangan malas untuk update blog dan pastikan kekerapan update blog itu sama setiap hari bagi mengekalkan traffik harian. Disarankan supaya perbanyakkan entri setiap hari untuk meningkatkan lagi jumlah pembaca.


{ 8 comments.. read them below or add one }

Muhammad Helmi Muhammad Helmi 13 April 2011 7:39 PG
mekaseh Ammar...
panduan yg menarik...
(*_*)
toyolkiut toyolkiut 13 April 2011 10:55 PG
oh, itu semua tak ada pada TK..
sbb TK mnulis ikut rasa je..
update pun jarang2..
hehe..
lylaROCKprincess lylaROCKprincess 13 April 2011 11:19 PG
I can really use these tips in my blog..
tp mengikut pengamatan seharian...
blog mengenai buku ni memang susah utk dapat trafik tinggi..
huhu...
MiSzy DiaN MiSzy DiaN 13 April 2011 11:46 PG
nice info..
tp nda la mw kejar traffik.. nak cari pembaca blog :) hehe..


dtg jmput ammar join..

http://miszydian.blogspot.com/2011/04/dayana-az-dan-miszy-dian-buat-lucky.html
Awan Biru Awan Biru 13 April 2011 1:57 PTG
Memang betul tu saudara. Tapi, apa yang penting, berblogging mestilah ikhlas sebab apabila kita ikhlas, ia akan terpancar pada setiap hasil taipan kita.
ariff ariff 14 April 2011 12:03 PG
terima kasih atas perkongsian ini ye! :)