Dapat RM2500 Untuk Bulan Ini

Duit
Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Ammar rasa hari ini adalah hari yang paling bertuah dalam hidup Ammar untuk bulan April ni sebab semua masalah yang membelenggu Ammar selama ini selesai. Allah itu Maha Adil dan setiap takdir yang ditentukan-Nya sangat sempurna.


Awal bulan April baru-baru ini Ammar terkejut dan hampir nak guling-guling sebab bila check akaun CIMB Bank tetiba baki RM 3500++. Mula-mula tu gembira jugak sebab duit yang banyak tetiba masuk dalam akaun Ammar. Tapi akhirnya Ammar dapat tahu duit tu adalah duit untuk bayaran yuran pengajian. Kali ni pihak MARA terus masuk duit yuran tu dalam akaun pelajar dan pelajar perlu bayar dekat kolej. Sebelum ni MARA bagi terus RM3000 kepada kolej untuk yuran pengajian satu semester tapi kali ni ada masalah sikit.


Kebetulan semester ni Ammar berhenti belajar sebab dapat tawaran Ijazah dan lepas tu Ammar fikir rugi lah kalau Ammar bayar RM3000 kat kolej sedangkan Ammar tak habis belajar pun untuk semester ni. Lepas tu Ammar ambik keputusan untuk melewatkan pembayaran yuran tu untuk buat permohonan pengurangan pembayaran.


Lepas selesai buat surat Ammar pun terus pergi jumpa CEO kolej ni petang tadi untuk memohon pengurangan pembayaran. Mula-mula tu berdebar-debar jugak nak jumpa CEO sebab ni first time jumpa CEO face to face. Lepas tu Ammar pergi jumpa CEO dan ceritakan sedikit mengenai permohonan tu.Dengan kuasa Allah akhirnya Allah menggerakkan hati CEO tu untuk meluluskan permohonan Ammar tu.


Akhirnya CEO setuju bagi Ammar bayar RM1000 untuk yuran pengajian tu. Seronok sangat masa tu dan rasa nak guling-guling je sebab RM2500 dalam tangan dah. Akhirnya RM2500 menjadi milik Ammar. Nak buat apa dengan duit tu ek? Macam-macam dah yang terlintas dalam fikiran Ammar ni. Nak beli Ferrari tak cukup, terpaksalah fikir benda lain. Apa yang patut Ammar buat dengan RM2500 tu?


NOTA KAKI: Nak tengok surat permohonan pengurangan yuran pengajian tu KLIK SINI.

{ 19 comments.. read them below or add one }

Wafiy Suzly Wafiy Suzly 13 April 2011 5:48 PTG
simpan dulu baru beli ferrari,hehe
Firdaus Kasim Firdaus Kasim 13 April 2011 6:01 PTG
duit mara rupanya.. ingat ke duit Nuffnang tadi.. haha!

Entri paling hot :
6 ciri blog yang bagus"
Blogger Melayu Jawa Blogger Melayu Jawa 13 April 2011 9:10 PTG
simpan sebagai back up untuk masa depan ataupun utk pengajian yg akan datang.
Tok Esah Tok Esah 13 April 2011 9:21 PTG
pergh!! mar, baik simpan!!
tok duit elaun ada simpan agy!!
LiLohOnEy LiLohOnEy 13 April 2011 9:47 PTG
ohh dh dpt twrn ijazah?

tahniah ammar, ni baru sesuai dgn kelayakan ammar :)

gdluck!
mfadhlan mfadhlan 14 April 2011 12:48 PG
beli 1 dinar setiap semester...sebagai pelaburan...1 dinar dalam RM650
sabree hussin sabree hussin 14 April 2011 1:20 PG
belanja untuk beli yang penting2
Alan Rizque Alan Rizque 14 April 2011 1:13 PTG
Bestnya...beli kamera DSLR jer...
JAMALUDDIN ABU BAKAR JAMALUDDIN ABU BAKAR 14 April 2011 1:33 PTG
xpe..ade duit lebih boleh simpan..melabur kat ASB ke..simpanan untuk masa tue..nnt boleh pencen awal sikit..

INI BLOG JAMAL
Lydia Miza(Aidyl Azim) Lydia Miza(Aidyl Azim) 14 April 2011 2:42 PTG
simpan dulu duit tu..jgn beri ferrari lg tau
Far8 budak baik Far8 budak baik 14 April 2011 3:30 PTG
hahaha kagumm..dah boley kawin 4 ni HAHA =p
Peja Peja 15 April 2011 12:56 PTG
Belanje Peja henpon murah sebijik :D