2 Apr 2011

Dating Dengan Tok Esah

tok esah edit

Assalamualaikum dan selamat petang semua pembaca setia blog ni. Kali ni Ammar nak bercerita pasal dating dengan Tok Esah tengah hari tadi. Best sangat dating dengan Tok Esah tadi. Mula-mula janji dengan Tok Esah nak main bowling dekat TER tapi tak jadi pulak sebab orang ramai masa tu.

 

Tukar plan pulak pergi main bowling kat Astaka. Pergi Astaka pun full jugak, plan main bowling hari ni batal. Tetiba je Ammar sampai kat Astaka tu terus terkejut melihat wajah Tok Esah yang menyambut mesra kedatangan Ammar. Nak tahu tak kenapa terkejut? Mana tak terkejutnya sebab Tok Esah sekarang ni semakin mudah lah. Awet muda kot.

 

Lepas tu pergi lepak kat restoran berhampiran Astaka. Banyak jugak ilmu yang dapat dari Tok Esah tadi antaranya teknik seo, autoping, tips blog dan banyak lagi. Banyak jugak lah Ammar korek rahsia Tok Esah ni. Tapi apa yang best pasal Tok Esah ni dia tak kedekut ilmu. Semua ilmu pasal blog yang dia ada semuanya dia kongsi.

 

Banyak jugak benda yang Ammar nak tanya kat Tok Esah tadi tapi tak sempat sebab masa menyemburui. Oleh sebab kecewa tak dapat main bowling hari ni Ammar janji dengan Tok Esah kalau jadi esok nak pergi main bowling pulak. Harap-harap ada kosong lah. Tak sabar nak kalahkan Tok Esah ni.

 

2 ulasan:

miss ANGIN berkata...

heheks . kem salam tok esah :)

mien eaststar berkata...

eh...eh...mcm knl je dgn nenek dlm pic tu...haishhhhh............