28 Apr 2011

Dayang Deno Bagi Ammar Kura-kura Comel

Photo0520
Selamat petang semua. Nak tahu tak berita best? Hari tu kan, masa Ammar pergi melawat Dayang Deno yang cerita di ENTRI NI Dayang Deno bagi Ammar kura-kura kecik yang comel. Dia suruh Ammar jaga kura-kura ni. Comel sangat-sangat.


Photo0519
Kesian kura-kura ni tak ada orang nak jaga sebab Deno Masuk wad dan parent Deno tak ada masa lah nak jaga kura-kura ni sebab pergi jaga Deno dekat hospital. Pastu Deno tanya Ammar nak tak kura-kura. Ammar dengan suka hatinya jawab nak kura-kura comel tu. So dia pun bagi lah kura-kura comel tu dekat Ammar.

Photo0521
Nama kura-kura ni Juju. Comel tak nama dia? Comel kan? Nama ni tua asal yang bagi. Ammar malas lah nak tukar nama lain sebab dah comel nama tu. Juju ni manja sangat. Tiap-tiap hari kena mandikan dia, bagi dia main jalan-jalan. Kalau sehari je biarkan macam tu mulalah dia merajuk je. Sorok je kepala tu. Hampeh betul lah. Kura-kura pun pandai merajuk jugak. Bhahahaha.

Photo0522
Tengok tu Juju nak merayap-rayap atas meja. Kalau tak bagi dia merayap mula lah buat muka sedih-sedih macam kucing dalam cerita shrek tu. Hehehehe…

Photo0523
Terima kasih Deno sebab bagi Ammar kura-kura yang comel ni. Insyaallah Ammar akan jaga Juju elok-elok. Deno tak rindu ke dekat Juju ni?

Photo0524
Lepas ni Ammar nak cari bekas besar lagi nak letak Juju ni barulah dia selesa sikit duduk dalam bekas besar. Boleh lah dia main-main sorok bawah jambatan, main pusing-pusing. Kan Juju?


Photo0525

7 ulasan:

mcm ni lah berkata...

mase kecik mmg la comel,. nanti dah beso ko merase lah bau taik tengik kura2 ni,. hahahhahaa

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

comelnyer juju...nnt tunjuk umah baru juju ye ammar.

tq tlg jenguk2 deno.dan tlg belikan kek coklat yg deno idam2 kan..huhu.akak terharu ngan kebaikan ammar.tq ammar.

Tok Esah berkata...

hahaks!! cutenye juju!!!

AMMAR YASIR berkata...

@mcm ni lah Tapi kura-kura ni tak besae kan?hehehehe..xnk lah besar2 nanti xcomel

AMMAR YASIR berkata...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) Sama-sama akak... Ammar just tolong menolong sesama insan je. Ammar gembira sangat tengok Deno ceria.

AMMAR YASIR berkata...

@Tok Esah Tok nak jgk ke? Mintak dengan Deno tu..hehehe

nurkaloi berkata...

wahh best giler deno bagi kura2...
kaloi tak ksempatan nak g lawat dyer
jauh sgt laaa

tapi takpe
kaloi doakan dye dr jauh

juju boleh kwn ngan kaloi
coz spesis yang duk dlm air juge