20 Apr 2011

Gempar!!! Seorang Blogger Sakit Kronik(Dayang Deno)

77716240


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hidup itu indah tetapi adakah kita sedar disebalik keindahan itu ada seribu kesengsaraan. Mungkin sekarang kita gembira, ceria dan bahagia tetapi adakah itu akan kekal selamanya? Kita selalu menganggap kita adalah orang yang sangat menderita setelah menghadapi ujian yang berat dari Allah. Semasa kita sakit dan menghadapi kesusahan selalu terfikir betapa besarnya ujian yang diterima. Tetapi adakah kita sedar betapa besar deritanya dan susahnya orang lain jika dibandingkan dengan kita?


Persoalan dan tanggapan Ammar tadi terjawab apabila melawat sahabat blogger iaitu DAYANG DENO. Mula-mula Ammar tak kenal pun Dayang Deno ni tapi bila masuk blog Sis LM banyak entri yang cerita pasal penderitaan sahabat blogger ni.Hati Ammar mula terdetik ingin tahu dan terasa simpati dengan nasib sahabat blogger ni. Hati Ammar sangat mudah untuk tersentuh dengan melihat penderitaan orang lain.


Baru-baru  ni Ammar dapat cerita Dayang Deno masuk ICU. Hati Ammar mula ingin tahu dengan lebih lagi pasal blogger ni. Lepas tu Ammar terus tanya Sis LM pasal keadaan dia. Ammar dapat berita terbaru lagi Dayang Deno dah keluar dari wad ICU. Lepas tu Ammar tanya Sis LM kat mana wad Dayang Deno dan Sis LM cakap wad 7AB. Tadi Ammar terus pergi Hospital Sultanah Nur Zahiran Kuala Terengganu dengan Tok Esah.


Mula-mula tu terfikir jugak macam mana nak jumpa dengan orang yang tak pernah kita jumpa dan orang tu tak kenal siapa kita. Ammar terus buang semua tu sebab Ammar rasa tak salah kalau Ammar nak melawat sahabat blogger yang sedang sakit. Sebab Ammar blogging ni bukan sekadar untuk dapat traffik tinggi, dapat follower ramai dan dapat duit banyak. Misi utama blogging adalah untuk beramal dan membuat pahala bukannya dosa.


Mula-mula sampai kat wad tu Ammar bagi salam dan cakap boleh saya jumpa dengan Dayang Deno. Masa tu Akak Dayang Deno yang sambut kedatangan Ammar dan Tok Esah. Memang pelik Dayang Deno bila tiba-tiba orang yang tak kenal datang jenguk dia. Mula-mula tu Dayang Deno terpinga-pinga tengok Ammar dan Tok Esah tapi bila bagitahu Ammar dan Tok Esah ni bloggger dia terus senyum riang dan malu-malu. Dia cakap tak sangka Ammar dan Tok Esah ni datang betul-betul jenguk dia. Ammar gembira sangat bila tengok dia senyum.


Walaupun dia sakit tapi tetap boleh senyum dan bercerita panjang lebar kat Ammar dan Tok Esah ni. Ammar kagum dengan dia sebab dalam keadaan dia sakit tetapi tetap kuat dan tabah hadapi semua ujian tu. Ammar dapat tahu dia sakit dah lama, sejak umur 10 tahu lagi. Nak tahu dia sakit apa? KLIK SINI.


Sedih sangat bila dapat tahu dia dah lama menderita sakit ni. Tak tahu lah macam mana kalau Ammar berada ditempat dia. Sungguh besar ujian yang diterima oleh Dayang Deno. Ammar berharap sangat-sangat  kat sape-sape baca entri ni tolong sebarkan berita ni dengan tekan butang share kat bawah tu dan kalau yang duduk dekat dengan Hospital tu pergilah melawat dia. Bukan sape-sape pun, saudara seagama dengan kita jugak. Tak salah kita merapatkan silaturrahim sesama manusia.

9 ulasan:

HAJAR hasan berkata...

pernah buat entri~ ;)

doakan kesembuhan adik dayang deno

aNiss :):) berkata...

harap2 adek dayang deno cepat sembuh... aminn~

miss ryrinn _ angin berkata...

semoga cepat sembuh =.='

Aidanatasya berkata...

Salam ahmar,
sy tersentuh dgn entry awk..
Sy tabik ngan awk.. Walupun awk x kenal awk still dtg melawat atas dasar persahabatan yang hanya lahir di alamat maya.. Tak semua org akan buat sprt awk..
Apapun, sama2 kita doakan dayang deno, cepat sembuh..

nurkaloi berkata...

uwhh
kaloi baru tawu pasal dayang ni

hope dye cpat smbuh
aminnn

Puan tia berkata...

wahh bagusla ko ammar..i likee.. kita kena saling sayang antara blogger..

Ellen berkata...

Ellen pun tahu pasal kisah adik ni dari blog sis LM..simpati dengan dia dan kita cuma mampu mendoakan agar dia sembuh dengan segera...

Pjaz a.k.a kud0o berkata...

semoga dayang deno cepat sembuh,
baguslah ammar,
ukhwah fillah insyaallah =)

deno berkata...

Alahai Ammar.... Dah la datang jenguk deno kat hosp, nie buat entry pula... Terharu deno pulak Ammar buat entry untuk blogger lain untuk kesembuhan deno.... Terima kasih..! Semoga Allah swt merahmati Ammar dan sahabat2 blogger yg lain ikhlas mendoakan deno...... Terima kasih sgt2!!