22 Apr 2011

Gempar!!!RM5 Jadi RM3500

1269694801_83999770_1-Mencari-Rakan-Niaga-Bisnes-wilayah-persekutuan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Percaya atau tidak kalau Ammar cakap RM5 boleh jadi RM3500? Memang pelik kan? Mana mungkin RM5 boleh jadi RM3500. Tetapi itulah realiti sebenar jika kita memandang RM5 dari sudut yang berbeza. Sudut yang berbeza? Macam mana tu? Mungkin itu persoalan yang terlintas difikiran semua.


Dari sudut agama Islam, Allah menjanjikan ganjaran 700 kali ganda kepada sesiapa yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai contoh mendermakan harta benda atau wang ke tempat seperti masjid, rumah orang tua atau mendermakan kepada orang yang dalam kesusahan. Seperti contoh terdekat bencana Tsunami yang berlaku di Jepun, dengan mendermakan RM5 kepada mangsa Tsunami sekarang kita akan mendapat pulangan yang lumayan RM3500 di akhirat kelak.


Wang RM1 juta yang kita ada sekarang belum tentu boleh ditukar kepada wang RM1 juta di hari akhirat kelak. Sebagai contoh, hari ini kita mempunyai RM1000 dan 3 hari lagi anda mahu membelanjakan wang RM1000 itu di Amerika Syarikat. Sudah tentu wang itu tidak laku kerana di Amerika Syarikat menggunakan matawang US Dollar. Untuk menjadikan wang RM1000 itu laku sudah semestinya kita perlu menukarkannya dahulu kepada matawang US Dollar.


Samalah dengan hidup kita sekarang. Hari ini kita mempunyai RM10 dan RM5 dibelanjakan. Baki yang tinggal sudah semestinya RM5 kan? Kalau kita simpan RM5 tu bakinya tetap RM5 dan tak akan berbunga menjadi RM3500. Macam mana cara untuk dapat RM3500? Dermakan wang itu kepada orang yang memerlukan atau mendermakan untuk jihad ke jalan Allah. Insyaallah RM5 itu akan ditukarkan kepada RM3500 untuk dibelanjakan di hari akhirat kelak.


NOTA KAKI: Masyaallah…. kalaulah manusia dapat melihat pahala itu nescaya ramai yang menderma.

6 ulasan:

islah_nafsina berkata...

ammar...nak jugk............

abrablog berkata...

yap. ini semua tak mustahil. yang penting kena selalu lakukan dan istiqomah.

Akhbar Aman berkata...

Tahniah... teknik dan versi terkini dlm memberi kesedaran kepada semua orang islam....

nurain berkata...

betul tu.sebab tu Allah ghaibkan semua benda tu, supaya kita ni berfikir.kan?

sharkbiz81 berkata...

betul2..setuju sgt2lah

riffzam berkata...

pendekatan dakwah yang menarik.bagus! :)