Keputusan Perlawanan Chelsea VS West Ham United| Gol Pertama Torres Untuk Chelsea

Torres-chelsea
Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu buat peminat Chesea telah tiba. Kemenangan 3-0 Chelsea menentang West Ham menyaksikan gol pertama dari Fernando Torres. Setelah 12 perlawanan sebelum ini akhirnya Torres menghadiahkan satu gol yang cantik untuk Chelsea.


2 lagi gol disumbangkan oleh Lampard dan Malouda. Namun, bukan kemenangan 3-0 yang menjadi perbualan hangat antara penyokong Chesea tetapi gol cantik daripada Torres yang menjadi perbualan hangat antara penyokong Chelsea.


Persembahan Torres yang sebelum ini kurang menjadi sejak dipindahkan dari Liverpool telah banyak mengecewakan peminat setianya. Diharap supaya perlawanan kali ini menjadi permulaan bagi Torres untuk menjadi pemain terbaik pada masa akan datang.

1 comment... add one now

adzmierz azizan adzmierz azizan 25 April 2011 2:35 PTG
akhirnya....setelah kemarau gol