24 Apr 2011

Melawat Dayang Deno Lagi

77716240[3]
Semalam Ammar pergi Kuala Terengganu untuk selesai beberapa urusan yang belum diselesaikan lagi. Bertolak dari rumah pukul 9.30 pagi ke KT dan sampai rumah balik pukul 11 malam. Letih gila semalam sebab seharian berjalan-jalan dekat KT tu.


Sampai je dekat KT Ammar teringat kat seorang sahabat blogger yang masih berada di wad iaitu Dayang Deno. Alang-alang sampai KT Ammar pun singgah lah jenguk Deno nak tengok macam mana keadaan dia sekarang. Sihat ke tak. Bimbang jugak takut tak sihat macam dulu pulak. Harap-harap dia sihat lah.

Sebelum nak pergi jenguk Deno terfikir jugak nak bawak buah tangan apa. Mula-mula tu teringat nak beli buah untuk Deno tapi cari punya cari Ammar tak jumpa pun kedai buah yang berhampiran dekat HSNZ tu. Masa nak parking motor Ammar pun terpandang KFC depan mata. Ammar pun apa lagi, terus pergi beli KFC.


Masa tu lebih kurang pukul 3.30 petang. Ammar dengan selambanya naik kat wad Deno walaupun waktu tu bukan waktu melawat. Naik je atas Ammar tengok Deno tak ada. lepas tu jiran sebelah Deno cakap Deno pergi dressing. Lega! Ingatkan dah keluar wad dah. Ammar tinggalkan KFC tu atas meja Deno dan Ammar pergi jalan-jalan dekat KT.


Lepas asar Ammar naik balik dekat wad tengok Deno dah ada. Apa lagi, lepas tu macam-macam topik yang Ammar dibualkan bersama Deno dan Kak Obi. Tak sangka pulak Deno dah lama mengidam nak makan KFC ni. Akhirnya semalam boleh jugak Deno makan. Siap buat entri lagi pasal KFC tu KAT SINI. Terima kasih Deno.


Nota kaki: Deno, Ammar nak kura-kura tu boleh? Hehehehe…. Insyaallah esok Ammar nak pergi kolej balik sebab ada urusan yang belum selesai. Kalau sempat Ammar singgah kat Deno esok ok.

4 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

alhamdulillah...

dapat tunaikan juga hasrat adik deno hehe

Rozuan Ismail berkata...

rajin ammar lawat deno ye..huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

ammar...
sis tersenyum baca entri deno semalam.dia sgt hepi dgn kehadiran ammar.tq ammar...sian deno .dah lama dia nak kfc.ni dia nak kek coklat la pulak..hehe.ada2 jek deno ni mengidam.ni kes bosan sgt duk dlm wad lah kot.


apa pun..tq ye ceriakan deno!!!

miss ryrinn _ angin berkata...

syukur laa dia beransur sembuhh