2 Apr 2011

Nuffnang Dah Tak Bagi Status Glitterati.

Nuffnang Malaysia   Asia Pacific’s First Blog Advertising Community

Nuffnang…. Aku masih teringat saat cinta kita bersatu. Kita disatukan dengan cinta pandang pertama. Disaat aku kesunyian tanpa teman kau hadir dalam hidupku dan kau curi hatiku sehingga aku jatuh cinta padamu.

 

Aku masih teringat saat romantis kita berdua, kau hadiahkan 3 ciuman Buffered Earning untuk aku merasakan kehangatan cinta. Selepas itu aku merasakan bertuah kerana status bujangku telah ditukar menjadi status glitterati. Sangat bahagia saat itu.

 

Tetapi kini. Aku sungguh berdukacita kerana kau telah menukar statusku menjadi ordinary(non-exclusive). Sesungguhnya aku tidak pernah sedetik pun berlaku curang kepadamu. Dan untuk pengetahuanmu aku, Churpchurp dan Heartbeat hanyalah teman tapi mesra.

 

Tetapi kau masih tidak memahami diriku ini. Kau tetap tinggalkan diriku sendiri dan aku sepi tanpa teman. Sebagai bukti cintaku padamu Nuffnang, aku telah putuskan hubungan teman tapi mesra aku dengan Heartbeat dan Churpchurp. Keputusanku muktamad. Aku masih menunggu saat kau ucapkan kemaafan kepadaku.

4 ulasan:

mizzkechique berkata...

kes curang la ni...

AiTotYati berkata...

ammar jangan risau, kejap je tu. Ai pun kena gak bulan lepas. nak kata letak iklan pesaing mmg takde. kdg2 Ai rasa sukati je nuff ni dia nk bg BE ke, nk bg glitterarti ke.

klu berblog utk duit mmg akan kecewa. jadi mari kite blog utk isi masa lapang, kenal kwn dan suka suki

Nina Juliana berkata...

moral of story.. jgn curang.. hehehe.. suke entry ni, bijak-bijak... 2 tumbs up for u ammar..

babykristal berkata...

kalo nak delete heartbeat cmne..?? saye pernah daftar, tp xpernah letak kat blok..nk delete account, tp xreti..